Loading...

Pasangan Suami Isteri Pengusaha Keropok Aziz Satar Kemaman, Maut Kemalangan Di LPT 1

Loading...
Pasangan Suami Isteri Pengusaha Keropok Aziz Satar Kemaman, Maut Kemalangan Di LPT 1 - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pasangan Suami Isteri Pengusaha Keropok Aziz Satar Kemaman, Maut Kemalangan Di LPT 1, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pasangan Suami Isteri Pengusaha Keropok Aziz Satar Kemaman, Maut Kemalangan Di LPT 1
link : Pasangan Suami Isteri Pengusaha Keropok Aziz Satar Kemaman, Maut Kemalangan Di LPT 1

Baca juga


Pasangan Suami Isteri Pengusaha Keropok Aziz Satar Kemaman, Maut Kemalangan Di LPT 1

 

MARAN: Sepasang suami isteri yang juga pengusaha kedai makan terkenal Warung Aziz Satar di Kemaman maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki terbabas di Kilometer 162.9 Lebuhraya Pantai Timur 1 (arah timur) malam tadi.

Mangsa, Aziz Awang, 68 tahun, dan isterinya Hasnah Mat Nong, 64 tahun, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah selepas kenderaan jenis Toyota Hilux dipandu Aziz hilang kawalan lalu terbabas ke longkang di bahu kiri jalan.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, pasangan berkenaan bersama empat penumpang lain dalam perjalanan pulang ke Kemaman dari Cameron Highlands ketika hujan lebat di lokasi kejadian.

Empat lagi mangsa cedera dalam kejadian itu dan kini dirawat di Hospital Temerloh. Mereka ialah Che Siti Suhaida Che Amat, 27 tahun; Rohani Chik, 65 tahun; Noraini Mamat, 45 tahun; dan Nor Ayra Qaisara Ahmad Iduwan, 8 tahun.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, siasatan awal mendapati kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan ketika melalui jalan lurus dua lorong satu hala dalam keadaan hujan lebat dan permukaan jalan yang licin.

“Kenderaan jenis Toyota Hilux berkenaan dalam perjalanan dari Cameron Highlands menuju ke Kemaman sebelum terbabas ke longkang di bahu kiri jalan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa dewasa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum mayat mereka dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya.

Difahamkan, dua daripada mangsa yang cedera merupakan anak kepada pasangan suami isteri tersebut.



Demikianlah Artikel Pasangan Suami Isteri Pengusaha Keropok Aziz Satar Kemaman, Maut Kemalangan Di LPT 1

Sekianlah artikel Pasangan Suami Isteri Pengusaha Keropok Aziz Satar Kemaman, Maut Kemalangan Di LPT 1 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pasangan Suami Isteri Pengusaha Keropok Aziz Satar Kemaman, Maut Kemalangan Di LPT 1 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/10/pasangan-suami-isteri-pengusaha-keropok.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pasangan Suami Isteri Pengusaha Keropok Aziz Satar Kemaman, Maut Kemalangan Di LPT 1"

Catat Ulasan

Loading...