Loading...

Jabatan Agama Islam Pahang Tahan 'Ayahanda', Tujuh Pengikut Ajaran Sesat Kumpulan 'Jemaah Nur Ahmad Istana Pelangi' Di Jerantut

Loading...
Jabatan Agama Islam Pahang Tahan 'Ayahanda', Tujuh Pengikut Ajaran Sesat Kumpulan 'Jemaah Nur Ahmad Istana Pelangi' Di Jerantut - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jabatan Agama Islam Pahang Tahan 'Ayahanda', Tujuh Pengikut Ajaran Sesat Kumpulan 'Jemaah Nur Ahmad Istana Pelangi' Di Jerantut, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jabatan Agama Islam Pahang Tahan 'Ayahanda', Tujuh Pengikut Ajaran Sesat Kumpulan 'Jemaah Nur Ahmad Istana Pelangi' Di Jerantut
link : Jabatan Agama Islam Pahang Tahan 'Ayahanda', Tujuh Pengikut Ajaran Sesat Kumpulan 'Jemaah Nur Ahmad Istana Pelangi' Di Jerantut

Baca juga


Jabatan Agama Islam Pahang Tahan 'Ayahanda', Tujuh Pengikut Ajaran Sesat Kumpulan 'Jemaah Nur Ahmad Istana Pelangi' Di Jerantut

KUANTAN: Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menahan ketua dan tujuh pengikut kumpulan 'Jemaah Nur Ahmad Istana Pelangi', kelmarin, kerana disyaki terbabit kegiatan ajaran sesat.

Pengarah JAIP, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman, berkata mereka ditahan dalam serbuan kira-kira jam 2.30 petang di sebuah bekas gudang perabot dipercayai dijadikan tempat tinggal ahli kumpulan itu di Kampung Sungai Putat, Pulau Tawar, Jerantut.

Dalam serbuan itu, katanya, pelbagai dokumen disyaki bertentangan ajaran dan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah serta barangan dipercayai berunsur khurafat, turut dirampas.

Beliau berkata, antara barangan dirampas ialah tongkat, ikatan kain kuning, kain hitam didakwa boleh mengayakan orang, dan batu dililit kain kuning.

"Turut dirampas ialah kertas tertera cara niat solat jamak fardu seumur hidup dan nota lafaz selawat serta ikrar yang meragukan.

"Berdasarkan penemuan dokumen dan barangan berkenaan, kumpulan itu disyaki terbabit amalan atau fahaman bertentangan dengan ajaran serta fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Semua rampasan itu akan dirujuk kepada Jabatan Mufti Pahang untuk penelitian lanjut," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Ahmad Khirrizal berkata, hasil siasatan awal mendapati ketua kumpulan berusia 45 tahun itu berasal dari Kampung Sungai Tekam Utara, Jerantut.

Beliau berkata, lelaki itu yang digelar 'ayahanda' oleh pengikutnya, dilaporkan menyewa dan mengubah suai sebuah bekas gudang perabot menjadi tempat tinggal kumpulan terbabit sejak lebih dua tahun lalu.

Katanya, premis dilengkapi bilik penginapan, ruang tamu serta surau itu turut dihuni isteri ketua kumpulan terbabit berusia 45 tahun dan empat anak mereka berusia lapan hingga 15 tahun.

"Hasil soal siasat mendapati pengikut kumpulan itu berusia antara 45 hingga 66 tahun dan berasal berasal dari Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor serta Melaka.

"Siasatan lanjut sedang dilakukan, termasuk sejak bila kegiatan berkenaan wujud, selain mengesan individu lain disyaki terbabit kumpulan itu.

"Semua suspek ditahan itu tiada rekod kesalahan syariah, namun polis sedang menyemak sebarang rekod jenayah berkait mereka," katanya.

Justeru, Ahmad Khirrizal berkata, JAIP meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan kumpulan itu, agar tampil membantu siasatan serta bekerjasama membanteras kegiatan bercanggah dengan ajaran Islam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 kerana memiliki serta menyimpan dokumen, buku dan majalah bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara hingga dua tahun dan denda tidak lebih RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 19 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 kerana tidak menunaikan solat Jumaat.

Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara hingga setahun dan denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Semua suspek terbabit dibebaskan, semalam, dengan jaminan pegawai penguat kuasa JAIP sementara menunggu kertas siasatan dilengkapkan untuk didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Jerantut. #BeritaHarian



Demikianlah Artikel Jabatan Agama Islam Pahang Tahan 'Ayahanda', Tujuh Pengikut Ajaran Sesat Kumpulan 'Jemaah Nur Ahmad Istana Pelangi' Di Jerantut

Sekianlah artikel Jabatan Agama Islam Pahang Tahan 'Ayahanda', Tujuh Pengikut Ajaran Sesat Kumpulan 'Jemaah Nur Ahmad Istana Pelangi' Di Jerantut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jabatan Agama Islam Pahang Tahan 'Ayahanda', Tujuh Pengikut Ajaran Sesat Kumpulan 'Jemaah Nur Ahmad Istana Pelangi' Di Jerantut dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/11/jabatan-agama-islam-pahang-tahan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Jabatan Agama Islam Pahang Tahan 'Ayahanda', Tujuh Pengikut Ajaran Sesat Kumpulan 'Jemaah Nur Ahmad Istana Pelangi' Di Jerantut"

Catat Ulasan

Loading...