Judul : Mayat Seorang Lelaki Yang Ditemukan Terdampar Di Pantai Teluk Cempedak Pada 29 Oktober Lalu Disahkan Mangsa Lemas
link : Mayat Seorang Lelaki Yang Ditemukan Terdampar Di Pantai Teluk Cempedak Pada 29 Oktober Lalu Disahkan Mangsa Lemas
Mayat Seorang Lelaki Yang Ditemukan Terdampar Di Pantai Teluk Cempedak Pada 29 Oktober Lalu Disahkan Mangsa Lemas
KUANTAN: Mayat seorang lelaki yang ditemukan terdampar di pantai Teluk Cempedak pada 29 Oktober lalu disahkan sebagai mangsa lemas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata hasil bedah siasat dilakukan mengesahkan mangsa meninggal dunia kerana lemas.
Beliau berkata, mayat lelaki berusia 20 tahun itu ditemukan terbaring di pantai peranginan itu pada kira-kira jam 3.45 petang.
"Ketika ditemukan mangsa hanya memakai seluar hitam, tidak memakai baju dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri.
"Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, untuk bedah siasat yang akhirnya mengesahkan mangsa meninggal dunia kerana lemas dan tiada kaitan dengan sebarang unsur jenayah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Adli berkata, proses pengecaman yang dilakukan waris mendedahkan mangsa lemas itu berasal dari Temerloh dan bekerja sebagai pembantu kedai makan.
Katanya, lelaki itu dilapor keluar rumah pada 28 Oktober lalu dan tidak pulang, menyebabkan keluarganya membuat laporkan kehilangan tiga hari kemudian.
"Mayat mangsa sudah dituntut waris dan polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut," katanya. #BeritaHarian
Demikianlah Artikel Mayat Seorang Lelaki Yang Ditemukan Terdampar Di Pantai Teluk Cempedak Pada 29 Oktober Lalu Disahkan Mangsa Lemas
Anda sekarang membaca artikel Mayat Seorang Lelaki Yang Ditemukan Terdampar Di Pantai Teluk Cempedak Pada 29 Oktober Lalu Disahkan Mangsa Lemas dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/11/mayat-seorang-lelaki-yang-ditemukan.html

0 Response to "Mayat Seorang Lelaki Yang Ditemukan Terdampar Di Pantai Teluk Cempedak Pada 29 Oktober Lalu Disahkan Mangsa Lemas"
Catat Ulasan