Judul : Projek Persimpangan Bertingkat Jalan Panching FT02 Bernilai RM120 Juta Dijangka Akan Siap Dibina Menjelang Tahun 2029
link : Projek Persimpangan Bertingkat Jalan Panching FT02 Bernilai RM120 Juta Dijangka Akan Siap Dibina Menjelang Tahun 2029
Projek Persimpangan Bertingkat Jalan Panching FT02 Bernilai RM120 Juta Dijangka Akan Siap Dibina Menjelang Tahun 2029
KUANTAN: Persimpangan bertingkat Jalan Panching FT02 di sini dijangka siap dibina menjelang tahun 2029.
Menurut Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kerajaan negeri sedang melalui proses pengambilalihan empat lot tanah yang terlibat bagi projek terbabit.
“Projek telah secara rasmi bermula pada 13 Januari 2026. Kita meluluskan peruntukan siling berjumlah RM120 juta bagi projek ini.
“Saya lihat projek ini sangat mendesak kerana laluan ini sudah mencapai tahap kesesakan agak luar biasa setiap kali hujung minggu, musim cuti umum dan cuti perayaan.
“Jadi, hari ini saya panggil semua pihak termasuk JKR, syarikat kontraktor dilantik, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Koridor Utiliti Pahang dan komuniti setempat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Sesi Penerangan dan Pendengaran Awam Projek Persimpangan Bertingkat Jalan Panching di Masjid Al-Bukhori Nurul Aman, Taman Mahkota Aman, di sini hari ini yang dihadiri kira-kira 100 penduduk setempat.
Mohd Shahar berkata, sebuah jejantas motosikal dan tiga buah tempat menunggu bas akan dirobohkan sebelum pembinaan projek berkenaan dan akan dibina semula kontraktor selepas projek siap.
Selain itu terdapat tiga lagi projek berkepentingan awam bagi kawasan Paya Besar yang akan dilaksanakan iaitu Persimpangan Bertingkat Bukit Rangin, naik taraf jalan di Taman Tas dan Permatang Badak.
“Kita buat secara berfasa. Untuk persimpangan bertingkat Bukit Rangin telah diluluskan RM28 juta bagi proses awalan iaitu reka bentuk, pengambilan tanah dan kajian.
“Seterusnya JKR akan membawa kepada kementerian untuk proses seterusnya termasuk lantikan kontraktor,” katanya lagi.
Salah seorang penduduk, Rahimi Abdul Rahman, 56, ketika ditemui pada sesi itu menyambut baik pelaksanaan projek persimpangan bertingkat di lokasi itu.
Dia turut menyeru agar pembinaan projek terbabit disiapkan secepat mungkin agar dapat dimanfaatkan semua pihak sebaiknya.
“Saya sebagai penduduk kawasan sini rasa suka dan lega sebab seperti yang diberitahu JKR dalam sesi penerangan tadi pun, level of service sudah tahap F iaitu aliran trafik yang sangat teruk di situ.
“Dikatakan kalau projek ini siap, level of service akan jadi tahap B di mana perjalanan akan lebih lancar dan ia satu kemudahan yang bagus untuk penduduk Kuantan dan Paya Besar khususnya,” katanya.
Rahimi yang tinggal di Perumahan Bukit Rangin sejak 25 tahun dahulu pernah menghabiskan masa selama hampir 40 minit melalui jalan itu untuk pulang ke rumah dengan jarak kira-kira lima kilometer sahaja. #MalaysiaGazette
Demikianlah Artikel Projek Persimpangan Bertingkat Jalan Panching FT02 Bernilai RM120 Juta Dijangka Akan Siap Dibina Menjelang Tahun 2029
Anda sekarang membaca artikel Projek Persimpangan Bertingkat Jalan Panching FT02 Bernilai RM120 Juta Dijangka Akan Siap Dibina Menjelang Tahun 2029 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/01/projek-persimpangan-bertingkat-jalan.html

0 Response to "Projek Persimpangan Bertingkat Jalan Panching FT02 Bernilai RM120 Juta Dijangka Akan Siap Dibina Menjelang Tahun 2029"
Catat Ulasan