Judul : Selepas Tiga Dekad Pemergiannya, Penduduk Mahu Kediaman Sudirman Di Temerloh Dibina Semula Dan Dijadikan Galeri
link : Selepas Tiga Dekad Pemergiannya, Penduduk Mahu Kediaman Sudirman Di Temerloh Dibina Semula Dan Dijadikan Galeri
Selepas Tiga Dekad Pemergiannya, Penduduk Mahu Kediaman Sudirman Di Temerloh Dibina Semula Dan Dijadikan Galeri
TEMERLOH: Selepas lebih tiga dekad pemergiannya, ramai peminat sanggup berkunjung ke Kampung Tok Embun, di sini untuk melihat rumah penyanyi tersohor negara, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad.
Malangnya mereka hampa kerana dimaklumkan penduduk setempat, rumah terbabit sudah roboh dan sekitar tapak kediaman itu dipenuhi semak.
Tinjauan mendapati hanya ada beberapa pelapik tiang dan sisa tangga batu di tapak kediaman itu selain perjalanan ke rumah berkenaan agak sukar dilalui.
Seorang penduduk kampung terbabit, Mira Edora Ahmad Naser, 35, berkata ramai pelancong luar sering datang ke kawasan itu untuk melawat rumah penyanyi berkenaan.
Katanya, pelancong kerap singgah di rumahnya yang letaknya kira-kira 300 meter dari kediaman arwah untuk bertanya lokasi rumah penyanyi berkenaan.
"Saya hanya tunjuk arah rumah Sudirman dan maklum kediaman itu sudah roboh serta tiada penghuni. Ramai dikalangan mereka kecewa kerana rumah kelahiran penyanyi tersohor itu terbiar dan tidak dibaik pulih.
"Saya sebagai anak jati Temerloh bangga kerana Allahyarham adalah orang di sini tetapi pada masa sama sedih sebab kawasan rumah penyanyi terkenal itu terbiar dan roboh," katanya.
Sudirman dilahirkan pada 25 Mei 1954 dan meninggal dunia pada 22 Februari 1992. Ia disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cenggal, di sini.
Seorang lagi penduduk, Mohd Nur Arif Bahrin, 33, berkata beliau sedih dengan keadaan rumah penyanyi terkenal itu yang pernah mengharumkan nama negara.
Katanya, disebabkan rumah berkenaan hanya tinggal tapak dan dipenuhi tumbuhan liar, ramai penduduk setempat sendiri tidak menyedari kewujudan kediaman itu.
"Walaupun saya duduk di sini tapi saya sendiri sebenarnya tak tahu mana satu rumah Sudirman. Cuma saya difahamkan rumah penyanyi itu berada di Kampung Tok Embun dan generasi selepas ini pasti akan melupai asal usul Allahyarham," katanya.
Bagi Mohd Amirul Hafiz Rahman, 33, kediaman penyanyi itu terbiar amat dikesali dan pihak bertanggungjawab sepatutnya membaik pulih kediaman berkenaan dengan boleh menjadikan ia galeri untuk dikunjungi pelancong.
Katanya, bukan mudah untuk anak kampung seperti Sudirman mengukir nama di persada antarabangsa dan kejayaan itu wajar dihargai.
"Pihak bertanggungjawab sepatutnya baik pulih rumah itu dan kumpul semua rekod kejayaan Allahyarham dan pamerkan untuk tatapan masyarakat khususnya generasi akan datang.
"Kajayaan beliau boleh menjadi motovasi masyarakat khususnya anak muda tetapi sedih pihak yang berkenaan tidak fikir ke arah itu," katanya.#BeritaHarian
Demikianlah Artikel Selepas Tiga Dekad Pemergiannya, Penduduk Mahu Kediaman Sudirman Di Temerloh Dibina Semula Dan Dijadikan Galeri
Anda sekarang membaca artikel Selepas Tiga Dekad Pemergiannya, Penduduk Mahu Kediaman Sudirman Di Temerloh Dibina Semula Dan Dijadikan Galeri dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/02/selepas-tiga-dekad-pemergiannya.html

0 Response to "Selepas Tiga Dekad Pemergiannya, Penduduk Mahu Kediaman Sudirman Di Temerloh Dibina Semula Dan Dijadikan Galeri"
Catat Ulasan