Loading...

Firdaus Wong Dakwa Pelajar Lelaki Yang Tular Kerana Pijak Al-Quran Adalah Seorang Mualaf, Peluk Islam April Tahun Lalu

Loading...
Firdaus Wong Dakwa Pelajar Lelaki Yang Tular Kerana Pijak Al-Quran Adalah Seorang Mualaf, Peluk Islam April Tahun Lalu - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Firdaus Wong Dakwa Pelajar Lelaki Yang Tular Kerana Pijak Al-Quran Adalah Seorang Mualaf, Peluk Islam April Tahun Lalu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Firdaus Wong Dakwa Pelajar Lelaki Yang Tular Kerana Pijak Al-Quran Adalah Seorang Mualaf, Peluk Islam April Tahun Lalu
link : Firdaus Wong Dakwa Pelajar Lelaki Yang Tular Kerana Pijak Al-Quran Adalah Seorang Mualaf, Peluk Islam April Tahun Lalu

Baca juga


Firdaus Wong Dakwa Pelajar Lelaki Yang Tular Kerana Pijak Al-Quran Adalah Seorang Mualaf, Peluk Islam April Tahun Lalu

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mendakwa pelajar lelaki yang tular kerana memijak al-Quran di Pahang, adalah seorang mualaf.

Menerusi perkongsian di media sosialnya, Firdaus menjelaskan individu berkenaan memeluk Islam pada 20 April tahun lalu.

Beliau berkata, pemuda itu menunjukkan kesungguhan tinggi untuk memeluk agama Islam sehingga berulang kali menghubunginya bagi mendapatkan bimbingan.

"Dia seorang budak yang baik, sopan santun dan lemah lembut tutur katanya. Dia menghubungi saya di Instagram dan menghantar mesej bertalu-talu sehingga insist untuk saya membimbingnya memeluk Islam," katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Pada 25 Februari lalu, seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berusia 21 tahun, ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan kerana disyaki menghina Islam di media sosial.

Ia susulan tular gambar kaki seorang lelaki dewasa memijak al-Quran serta tangkap layar hantaran individu yang didakwa miliknya di platform berkenaan.

Firdaus mengakui terkejut dengan insiden berkenaan dan masih berusaha memahami punca sebenar tindakan pelajar itu.

"Sejujurnya saya terkejut. Apa yang berlaku pada dirinya? Adakah dia dihasut, diprovokasi atau ada perkara lain? Saya juga ingin memahami dan membantu," katanya.

Dalam pada itu, Firdaus menegaskan bahawa kenyataan terdahulu mengenai pelajar itu bukan bertujuan untuk mensucikan beliau.

"Tiada istilah mensucikan sesiapa yang melakukan kesalahan kerana prinsip saya sebagai Muslim ialah yang bersalah perlu menerima hukuman tanpa mengira Muslim atau bukan Muslim," katanya.

Sementara itu, Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini dalam kenyataannya memaklumkan pelajar itu akan dituduh di mahkamah esok di bawah seksyen 295 Kanun Keseksaan [Akta 574] dan seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].#HarianMetro



Demikianlah Artikel Firdaus Wong Dakwa Pelajar Lelaki Yang Tular Kerana Pijak Al-Quran Adalah Seorang Mualaf, Peluk Islam April Tahun Lalu

Sekianlah artikel Firdaus Wong Dakwa Pelajar Lelaki Yang Tular Kerana Pijak Al-Quran Adalah Seorang Mualaf, Peluk Islam April Tahun Lalu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Firdaus Wong Dakwa Pelajar Lelaki Yang Tular Kerana Pijak Al-Quran Adalah Seorang Mualaf, Peluk Islam April Tahun Lalu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/03/firdaus-wong-dakwa-pelajar-lelaki-yang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Firdaus Wong Dakwa Pelajar Lelaki Yang Tular Kerana Pijak Al-Quran Adalah Seorang Mualaf, Peluk Islam April Tahun Lalu"

Catat Ulasan

Loading...