Judul : Perikatan Nasional (PN) Perkukuhkan Gerak Kerja Parti, Musuh Politik Gelabah Tuan Ibrahim Kini Fokus 'Misi Teraju Pahang'
link : Perikatan Nasional (PN) Perkukuhkan Gerak Kerja Parti, Musuh Politik Gelabah Tuan Ibrahim Kini Fokus 'Misi Teraju Pahang'
Perikatan Nasional (PN) Perkukuhkan Gerak Kerja Parti, Musuh Politik Gelabah Tuan Ibrahim Kini Fokus 'Misi Teraju Pahang'
KUANTAN: Pelantikan Pengerusi baharu Perikatan Nasional (PN) daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) disifatkan bukan sekadar pengisian jawatan, sebaliknya menjadi isyarat jelas bahawa gabungan itu sedang mara ke hadapan dengan lebih tersusun dan berstrategi.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pahang, Ahmad Azlan Abu Bakar berkata, langkah berkenaan memperlihatkan penyusunan semula kepimpinan yang diyakini mampu memperkukuh gerak kerja parti di semua peringkat termasuk di negeri ini.
Menurutnya, perkembangan itu turut mencetuskan kegusaran dalam kalangan pihak lawan sehingga mendorong mereka memainkan pelbagai persepsi negatif bagi mengelirukan rakyat.
“Apa yang sedang berlaku hari ini cukup jelas. Musuh politik PAS sedang gelabah khususnya di negeri Pahang, apabila struktur kepimpinan PN semakin kukuh, mereka segera memainkan naratif lama kononnya wujud pergeseran antara Timbalan Presiden dan Naib Presiden PAS antara Ulamak dan Teknokrat.
“Realitinya keutuhan semangat dan gabung jalin ini sedang bergerak dengan membina gerak kerja demi mensejahterakan Malaysia dan Pahang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Hakikatnya, ujar beliau, ini hanyalah propaganda terancang yang dicipta kerana mereka rasa goyang dan terancam.
“Tujuan mereka satu iaitu mahu melemahkan gelombang sokongan rakyat yang semakin memuncak.
“Lebih menarik, di Pahang kegusaran itu lebih ketara. Kenapa? Kerana dengan penyusunan baharu ini, Timbalan Presiden PAS yang juga Pengerusi PN Pahang kini dapat memberi tumpuan lebih fokus kepada ‘Misi Teraju Pahang’ satu gerakan strategik untuk merampas keyakinan rakyat dan membina kekuatan politik baharu di negeri ini dan inilah yang paling ditakuti oleh lawan,” jelasnya.
Ahmad Azlan berkata, usaha melaga-lagakan pimpinan hanya memperlihatkan kelemahan pihak lawan yang tidak mampu menandingi kekuatan sebenar parti.
“Mereka tahu jentera PAS semakin kemas dan agresif dan sokongan rakyat semakin melebar merentas kawasan. Maka, mereka cuba mencipta persepsi bahawa PAS berpecah.
“Mereka cuba lagakan pimpinan kerana mereka tidak mampu lawan kekuatan sebenar. Namun mereka silap besar,” tegasnya.
Tambah beliau, PAS bukan parti yang bergantung kepada emosi individu.
“PAS adalah gerakan yang dibina atas disiplin, kesatuan dan prinsip perjuangan. Semakin mereka menyerang, semakin kuat PAS bangkit,” hujahnya.
Beliau yakin momentum yang sedang dibina akan terus diperkasakan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16), dengan PN dan PAS bersedia menawarkan kepimpinan yang lebih tersusun kepada rakyat, khususnya di Pahang.
“Pelantikan ini bukan sekadar pengisian jawatan ia adalah isyarat jelas bahawa PN dan PAS sedang mara ke hadapan dengan lebih tersusun dan berstrategi.
“Apabila lawan mula menyebar cerita pecah-belah, itu bermakna satu perkara iaitu mereka tahu… masa mereka semakin suntuk.
“Pelantikan ini bukan sekadar pengisian jawatan ia adalah isyarat jelas bahawa PN dan PAS sedang mara ke hadapan dengan lebih tersusun dan berstrategi.
“Apabila lawan mula menyebar cerita pecah-belah, itu bermakna satu perkara iaitu mereka tahu… masa mereka semakin suntuk.
“PRU 16 insya-Allah Misi Teraju Pahang bakal direalisasikan,” katanya. #Harakahdaily
Demikianlah Artikel Perikatan Nasional (PN) Perkukuhkan Gerak Kerja Parti, Musuh Politik Gelabah Tuan Ibrahim Kini Fokus 'Misi Teraju Pahang'
Anda sekarang membaca artikel Perikatan Nasional (PN) Perkukuhkan Gerak Kerja Parti, Musuh Politik Gelabah Tuan Ibrahim Kini Fokus 'Misi Teraju Pahang' dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/03/perikatan-nasional-pn-perkukuhkan-gerak.html

0 Response to "Perikatan Nasional (PN) Perkukuhkan Gerak Kerja Parti, Musuh Politik Gelabah Tuan Ibrahim Kini Fokus 'Misi Teraju Pahang'"
Catat Ulasan