Judul : Semua Masjid Dan Surau Di Negeri Pahang Dimohon Melaksanakan Solat Hajat Khas Malam Ini Susulan Krisis Timur Tengah
link : Semua Masjid Dan Surau Di Negeri Pahang Dimohon Melaksanakan Solat Hajat Khas Malam Ini Susulan Krisis Timur Tengah
Semua Masjid Dan Surau Di Negeri Pahang Dimohon Melaksanakan Solat Hajat Khas Malam Ini Susulan Krisis Timur Tengah
KUANTAN: Semua masjid dan surau di Negeri Pahang dimohon mengadakan Solat Hajat khas malam ini bagi mendoakan keselamatan negara-negara Islam khususnya di Timur Tengah serta rakyat Malaysia yang berada di rantau berkenaan.
Mufti Negeri Pahang, Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim berkata, Solat Hajat berkenaan hendaklah dilaksanakan pada Ahad (1 Mac 2026) selepas Solat Isyak dan sebelum Solat Tarawih di semua masjid serta surau di seluruh negeri.
Kenyataan itu dibuat menjunjung titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar umat Islam bersama-sama bermunajat kepada Allah SWT memohon perlindungan daripada segala bentuk bencana, musibah dan ancaman yang melanda kawasan bergolak ketika ini.
Usaha tersebut diharap dapat menghimpunkan umat Islam dalam doa dan munajat memohon kesejahteraan serta keamanan sejagat khususnya kepada negara-negara Islam yang sedang berhadapan konflik.
“Menjunjung titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, adalah dipohon kepada seluruh masjid dan surau di Negeri Pahang untuk mengadakan Solat Hajat khusus bagi mendoakan keselamatan negara-negara Islam khususnya di Timur Tengah serta memohon perlindungan Allah SWT ke atas rakyat Malaysia yang berada di sana,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ia susulan perkembangan terkini di Timur Tengah termasuk serangan ketenteraan besar-besaran ke atas Iran yang dilaporkan berlaku sejak semalam.
Serangan dilancarkan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas beberapa sasaran di Iran termasuk kemudahan ketenteraan dan kawasan strategik sehingga mencetuskan ketegangan serius di rantau tersebut.
Susulan serangan itu, Iran dilaporkan melancarkan serangan balas menggunakan peluru berpandu dan dron ke atas wilayah Israel serta beberapa pangkalan tentera AS di Asia Barat sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap kemungkinan tercetusnya konflik lebih besar di rantau berkenaan.
Perkembangan tersebut turut menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan rakyat Malaysia yang berada di Timur Tengah selain risiko ketidakstabilan geopolitik yang boleh menjejaskan keamanan global.
Sehubungan itu, umat Islam di Negeri Pahang diseru hadir beramai-ramai bagi menunaikan Solat Hajat dan memohon agar konflik yang berlaku dapat diselesaikan secara aman serta keamanan dunia terus terpelihara. #MalaysiaGazette
Demikianlah Artikel Semua Masjid Dan Surau Di Negeri Pahang Dimohon Melaksanakan Solat Hajat Khas Malam Ini Susulan Krisis Timur Tengah
Anda sekarang membaca artikel Semua Masjid Dan Surau Di Negeri Pahang Dimohon Melaksanakan Solat Hajat Khas Malam Ini Susulan Krisis Timur Tengah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/03/semua-masjid-dan-surau-di-negeri-pahang.html

0 Response to "Semua Masjid Dan Surau Di Negeri Pahang Dimohon Melaksanakan Solat Hajat Khas Malam Ini Susulan Krisis Timur Tengah"
Catat Ulasan