Loading...

Kejadian Kecurian Kabel di Rumah Pam Tanjung Agas (ECER) Jejaskan Bekalan Air Kepada Kira-Kira 2,500 Akaun Pengguna Di Pekan

Loading...
Kejadian Kecurian Kabel di Rumah Pam Tanjung Agas (ECER) Jejaskan Bekalan Air Kepada Kira-Kira 2,500 Akaun Pengguna Di Pekan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kejadian Kecurian Kabel di Rumah Pam Tanjung Agas (ECER) Jejaskan Bekalan Air Kepada Kira-Kira 2,500 Akaun Pengguna Di Pekan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kejadian Kecurian Kabel di Rumah Pam Tanjung Agas (ECER) Jejaskan Bekalan Air Kepada Kira-Kira 2,500 Akaun Pengguna Di Pekan
link : Kejadian Kecurian Kabel di Rumah Pam Tanjung Agas (ECER) Jejaskan Bekalan Air Kepada Kira-Kira 2,500 Akaun Pengguna Di Pekan

Baca juga


Kejadian Kecurian Kabel di Rumah Pam Tanjung Agas (ECER) Jejaskan Bekalan Air Kepada Kira-Kira 2,500 Akaun Pengguna Di Pekan

PEKAN: Kejadian kecurian kabel di Rumah Pam Tanjung Agas (ECER) telah menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan kira-kira 2,500 akaun pengguna di beberapa kawasan sekitar daerah Pekan bermula semalam.

Menurut Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) Daerah Pekan, kabel bagi dua unit pam air bersih telah dipotong dan dicuri, mengakibatkan kedua-dua pam tidak dapat beroperasi sepenuhnya.

“Insiden ini melibatkan Pam Air Bersih No.1 dan No.2 dengan anggaran kerugian masing-masing sebanyak RM67,000 dan RM40,000,” menurut kenyataan tersebut.

Pengurus Daerah PAIP Pekan, Ts. Ahmad Zuwairi Zainal Abidin ketika ditemui, berkata pihaknya amat kesal dengan kejadian tersebut yang memberi kesan besar kepada pengguna.

“Kami amat kesal dengan kejadian kecurian ini, lebih-lebih lagi ia berlaku menjelang sambutan Aidilfitri yang pastinya memerlukan bekalan air mencukupi untuk kegunaan harian penduduk,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa semua pam di Rumah Pam Tanjung Agas kini tidak dapat berfungsi sepenuhnya susulan kejadian itu, sekali gus menjejaskan operasi bekalan air di kawasan terlibat.

Sehubungan itu, kerja-kerja pembaikan sedang giat dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik dan dijangka siap dalam tempoh 24 jam.

Gangguan bekalan air dijadualkan bermula pada 18 Mac (Rabu) jam 4 petang hingga 19 Mac (Khamis) jam 4 petang.

Antara kawasan terjejas termasuk Taman Permata, Taman Kledang, Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan, Taman Kledang Mawar, Kampung Kledang, Kem 505, Kampung Kalong, Ladang Aspa, Kampung Batu 5, Kampung Sungai Miang, Kampung Sungai Air Tawar, Kampung Cenderawasih, Kampung Baharu, Kampung Batu 16, Kampung Batu 18, Kampung Tanjung Batu, Kampung Tering, sebahagian Nenasi serta kawasan sekitar.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan PAIP di talian 09-5739999 untuk maklumat lanjut. #MalaysiaAktif



Demikianlah Artikel Kejadian Kecurian Kabel di Rumah Pam Tanjung Agas (ECER) Jejaskan Bekalan Air Kepada Kira-Kira 2,500 Akaun Pengguna Di Pekan

Sekianlah artikel Kejadian Kecurian Kabel di Rumah Pam Tanjung Agas (ECER) Jejaskan Bekalan Air Kepada Kira-Kira 2,500 Akaun Pengguna Di Pekan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kejadian Kecurian Kabel di Rumah Pam Tanjung Agas (ECER) Jejaskan Bekalan Air Kepada Kira-Kira 2,500 Akaun Pengguna Di Pekan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/03/kejadian-kecurian-kabel-di-rumah-pam.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kejadian Kecurian Kabel di Rumah Pam Tanjung Agas (ECER) Jejaskan Bekalan Air Kepada Kira-Kira 2,500 Akaun Pengguna Di Pekan"

Catat Ulasan

Loading...