Judul : SWCorp Pahang Menggerakan Pasukan Khas Mengutip Sampah Dan Melaksanakan Kerja Pembersihan Pada Hari Perayaan Aidilfitri
link : SWCorp Pahang Menggerakan Pasukan Khas Mengutip Sampah Dan Melaksanakan Kerja Pembersihan Pada Hari Perayaan Aidilfitri
SWCorp Pahang Menggerakan Pasukan Khas Mengutip Sampah Dan Melaksanakan Kerja Pembersihan Pada Hari Perayaan Aidilfitri
KUANTAN: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang menggerakan pasukan khas memindahkan sampah dan melaksanakan kerja pembersihan pada perayaan Aidilfitri hari ini.
Pengarahnya, Cairul Hisham Jalaluddin, berkata tugas berkenaan penting bagi memastikan tidak berlaku lambakan sampah pada hari perayaan yang jumlahnya akan bertambah dua hingga tiga kali ganda.
Menurutnya, pengguna tidak akan selesa menyambut Aidilfitri sekiranya kerja memungut sampah tidak dilakukan mengikut jadual.
"Justeru pasukan khas diwujudkan untuk memindah sampah dan kerja pembersihan terutama kawasan tumpuan. Kami menguruskan lebih 33,000 tan sisa pepejal, termasuk pelbagai jenis lebihan makanan sepanjang 25 hari Ramadan lalu.
"Berdasarkan data kutipan dalam tempoh berkenaan, purata sisa harian yang dihantar ke tapak pelupusan di negeri ini antara 1,300 hingga 1,400 tan sehari. Penjanaan utama sisa buangan lazimnya dipengaruhi aktiviti ekonomi di bazar Ramadan.
"Selain itu, penyediaan juadah berbuka di rumah termasuk persiapan awal menjelang sambutan Aidilfitri," katanya, di sini hari ini.
Beliau berkata, daerah ini mencatat jumlah tertinggi buangan sisa pepejal dari 42 bazar Ramadan, iaitu 550 tan sehari, diikuti Temerloh dengan purata 135 tan sehari, Bentong (115 tan), Pekan (60 tan), Raub (58 tan), Cameron Highlands (56 tan), Jerantut (54 tan), Maran (53 tan), Bera (52 tan), Rompin (47 tan) dan Lipis (42 tan).
Di pusat pelancongan Pulau Tioman yang terkenal dalam kalangan pelancong tempatan dan antarabangsa, pihaknya menguruskan lebih 2.87 tan sisa pepejal sehari pada Ramadan kali ini, manakala di FELDA Chini di bawah seliaan Majlis Daerah Pekan (MDP) pula sebanyak 4.26 tan sisa pepejal sehari.
Cairul Hisham menambah, kerjasama orang ramai dalam usaha mengurangkan penjanaan sisa pepejal bermula dari peringkat punca adalah amat kritikal bagi memastikan kelestarian kebersihan negeri ini terus terjaga.
Menurutnya, SWCorp akan terus memantau rapi operasi kutipan sisa pepejal di semua daerah bagi memastikan keselesaan penduduk negeri ini terus kekal terjamin sejak mula Ramadan hingga Aidilfitri hari ini.
Katanya, setiap daerKUANTAN: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang menggerakan pasukan khas memindahkan sampah dan melaksanakan kerja pembersihan pada perayaan Aidilfitri hari ini.
Pengarahnya, Cairul Hisham Jalaluddin, berkata tugas berkenaan penting bagi memastikan tidak berlaku lambakan sampah pada hari perayaan yang jumlahnya akan bertambah dua hingga tiga kali ganda.
Menurutnya, pengguna tidak akan selesa menyambut Aidilfitri sekiranya kerja memungut sampah tidak dilakukan mengikut jadual.
"Justeru pasukan khas diwujudkan untuk memindah sampah dan kerja pembersihan terutama kawasan tumpuan. Kami menguruskan lebih 33,000 tan sisa pepejal, termasuk pelbagai jenis lebihan makanan sepanjang 25 hari Ramadan lalu.
"Berdasarkan data kutipan dalam tempoh berkenaan, purata sisa harian yang dihantar ke tapak pelupusan di negeri ini antara 1,300 hingga 1,400 tan sehari. Penjanaan utama sisa buangan lazimnya dipengaruhi aktiviti ekonomi di bazar Ramadan.
"Selain itu, penyediaan juadah berbuka di rumah termasuk persiapan awal menjelang sambutan Aidilfitri," katanya, di sini hari ini.
Beliau berkata, daerah ini mencatat jumlah tertinggi buangan sisa pepejal dari 42 bazar Ramadan, iaitu 550 tan sehari, diikuti Temerloh dengan purata 135 tan sehari, Bentong (115 tan), Pekan (60 tan), Raub (58 tan), Cameron Highlands (56 tan), Jerantut (54 tan), Maran (53 tan), Bera (52 tan), Rompin (47 tan) dan Lipis (42 tan).
Di pusat pelancongan Pulau Tioman yang terkenal dalam kalangan pelancong tempatan dan antarabangsa, pihaknya menguruskan lebih 2.87 tan sisa pepejal sehari pada Ramadan kali ini, manakala di FELDA Chini di bawah seliaan Majlis Daerah Pekan (MDP) pula sebanyak 4.26 tan sisa pepejal sehari.
Cairul Hisham menambah, kerjasama orang ramai dalam usaha mengurangkan penjanaan sisa pepejal bermula dari peringkat punca adalah amat kritikal bagi memastikan kelestarian kebersihan negeri ini terus terjaga.
Menurutnya, SWCorp akan terus memantau rapi operasi kutipan sisa pepejal di semua daerah bagi memastikan keselesaan penduduk negeri ini terus kekal terjamin sejak mula Ramadan hingga Aidilfitri hari ini.
Katanya, setiap daerah menempatkan sekurang-kurangnya satu tapak pelupusan sampah (TPS) yang operasinya di bawah kendalian SWCorp, termasuk di Jerangau, Jabor bagi daerah ini dan TBS Belengu di Temerloh.
Sementara itu, katanya, SWCorp dan kerajaan Pahang melaksanakan sesi libat urus berkaitan pelaksanaan perintah khidmat masyarakat bagi kesalahan membuang sampah kecil.
"Langkah ini bertujuan memperkukuh penguatkuasaan undang-undang kebersihan awam serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan persekitaran. Ia pendekatan menyeluruh bagi mendidik masyarakat agar lebih bertanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran," katanya. #BeritaHarianah menempatkan sekurang-kurangnya satu tapak pelupusan sampah (TPS) yang operasinya di bawah kendalian SWCorp, termasuk di Jerangau, Jabor bagi daerah ini dan TBS Belengu di Temerloh.
Sementara itu, katanya, SWCorp dan kerajaan Pahang melaksanakan sesi libat urus berkaitan pelaksanaan perintah khidmat masyarakat bagi kesalahan membuang sampah kecil.
"Langkah ini bertujuan memperkukuh penguatkuasaan undang-undang kebersihan awam serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan persekitaran. Ia pendekatan menyeluruh bagi mendidik masyarakat agar lebih bertanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran," katanya. #BeritaHarian
Demikianlah Artikel SWCorp Pahang Menggerakan Pasukan Khas Mengutip Sampah Dan Melaksanakan Kerja Pembersihan Pada Hari Perayaan Aidilfitri
Anda sekarang membaca artikel SWCorp Pahang Menggerakan Pasukan Khas Mengutip Sampah Dan Melaksanakan Kerja Pembersihan Pada Hari Perayaan Aidilfitri dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/03/swcorp-pahang-menggerakan-pasukan-khas.html

0 Response to "SWCorp Pahang Menggerakan Pasukan Khas Mengutip Sampah Dan Melaksanakan Kerja Pembersihan Pada Hari Perayaan Aidilfitri"
Catat Ulasan