Judul : Bapa Pelajar Asrama Ditemukan Lemas Di Pantai Balok Persoal Bagaimana Anaknya Boleh Ke Pantai Tanpa Kebenaran, Siasatan Perlulah Dilakukan
link : Bapa Pelajar Asrama Ditemukan Lemas Di Pantai Balok Persoal Bagaimana Anaknya Boleh Ke Pantai Tanpa Kebenaran, Siasatan Perlulah Dilakukan
Bapa Pelajar Asrama Ditemukan Lemas Di Pantai Balok Persoal Bagaimana Anaknya Boleh Ke Pantai Tanpa Kebenaran, Siasatan Perlulah Dilakukan
Jamaluddin Wahudin, 57, dan Siti Ruslina Misban, 56, memaklumkan siasatan itu perlu bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung kejadian menimpa anak mereka.
Jamaluddin berkata, setakat ini, mereka tidak menerima sebarang penjelasan daripada pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP).
"Kami mahu tahu bagaimana arwah yang tinggal di sekolah asrama boleh berada di pantai pada hari kejadian, sedangkan tiada sebarang surat kebenaran yang perlu ditandatangani.
"Ini kerana saya dimaklumkan bahawa suami warden asrama yang membawa pelajar ke pantai.
"Saya juga difahamkan ketika kejadian arwah bersama enam rakan ke sana," katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Lepar Hilir 3, di sini, hari ini.
Dia yang bekerja sebagai operator kilang berkata, dia dan isteri hanya mahukan penjelasan apa sebenarnya yang berlaku.
Dalam kejadian 17 April lalu, Luqman Kamil yang juga pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar, di sini, dilaporkan lemas ketika mencari kepah di Pantai Balok.
Mayat pelajar itu ditemukan jam 2.15 petang pada 18 April lalu, dalam keadaan terapung kira-kira 400 meter dari kuala oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).
Susulan kejadian itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menerusi catatan di Facebook berkata, keutamaan Kementerian Pendidikan (KPM) pada masa ini adalah untuk memastikan bantuan terbaik dapat disalurkan kepada keluarga Luqman Kamil.
Sementara itu, ditanya sikap Luqman Kamil, Siti Ruslina berkata, Allahyarham seorang yang pendiam dan manja.
Katanya, tiada sebarang perubahan yang ditunjukkan terutama ketika menyambut Aidilfitri lalu.
"Arwah selalu bergurau dengan adik beradik dan anak paling manja selain suka peluk dan cium saya," katanya yang juga guru Kelas Agama Fardu Ain (KAFA). #HarianMetro
Demikianlah Artikel Bapa Pelajar Asrama Ditemukan Lemas Di Pantai Balok Persoal Bagaimana Anaknya Boleh Ke Pantai Tanpa Kebenaran, Siasatan Perlulah Dilakukan
Anda sekarang membaca artikel Bapa Pelajar Asrama Ditemukan Lemas Di Pantai Balok Persoal Bagaimana Anaknya Boleh Ke Pantai Tanpa Kebenaran, Siasatan Perlulah Dilakukan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/04/bapa-pelajar-asrama-ditemukan-lemas-di.html

0 Response to "Bapa Pelajar Asrama Ditemukan Lemas Di Pantai Balok Persoal Bagaimana Anaknya Boleh Ke Pantai Tanpa Kebenaran, Siasatan Perlulah Dilakukan"
Catat Ulasan