Judul : Kenapa Perlu Tukar Kerajaan, Jika Pentadbiran 'Tok Wan' Sudah Lakukan Yang Terbaik Untuk Menjaga Kebajikan Dan Kesejahteraan Rakyat Di Pahang
link : Kenapa Perlu Tukar Kerajaan, Jika Pentadbiran 'Tok Wan' Sudah Lakukan Yang Terbaik Untuk Menjaga Kebajikan Dan Kesejahteraan Rakyat Di Pahang
Kenapa Perlu Tukar Kerajaan, Jika Pentadbiran 'Tok Wan' Sudah Lakukan Yang Terbaik Untuk Menjaga Kebajikan Dan Kesejahteraan Rakyat Di Pahang
KUANTAN: "Kenapa perlu tukar kerajaan, jika kerajaan yang sedia ada sudah lakukan yang terbaik untuk kesejahteraan dan menjaga kebajikan rakyat", demikian ditegaskan oleh aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli, 55, hari ini.
Beliau mengulas hasrat parti pembangkang di negeri ini yang secara terusan mengeluarkan kenyataan dangkal untuk memburukkan imej Kerajaan Negeri Pahang dibawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Hj Wan Rosdy Wan Ismail.
"Kita boleh marah jika pemimpin sakau wang dan tidak lakukan apa-apa untuk menjaga kebajikan rakyat.
"Hidup hanya sekali dan bukan ujikaji. Saya bimbang gara-gara kesilapan yang sedikit akkhirnya hidup kita merana untuk tempoh lima tahun akan datang," dakwa Shukri.
Tambahnya, beliau melihat Kerajaan Pahang pimpinan Tok Wan sudah melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang.
"Biasalah bila ada sedikit kecacatan dan kekurangan dalam mana-mana penadbiran sesebuah kerajaan.
"Tidak mungkin semua perfect dan betul belaka. Pemimpin hari ini bukannya Nabi yang maksum daripada melakukan dosa," kata Shukri lagi.
Menurut beliau, apa yang penting ialah adakah kerajaan melaksanakan tugas dan tanggungjawab menjaga kebajikan rakyat bila mereka berkuasa.
Jika dilihat hari ini, pentadbiran Kerajaan Pahang dibawah Tok Wan berjalan dengan baik, teratur dan sistematik tanpa ada sebarang insiden yang tidak diingini biar pun kedudukan kerusi antara BN dan PN 17:17, iaitu kedudukan yang agak kritikal kiranya lapan ADUN PH buat hal.
"Jangan dek kerana terpedaya dengan mainan politik menghasut, maka kita terpedaya dan mahu jatuhkan kerajaan yang terbaik hari ini," katanya.
Justeru, Shukri menyeru rakyat Pahang terutamanya pengundi muda dapat berfikir dengan waras sebelum membuat apa jua keputusan pada PRU16 tidak lama lagi.
Dengan pencapaian kutipan hasil cukai melebihi RM1 bilion selama empat tahun berturut-turut, maka tidak syak lagi Pahang berada pada kelas yang tersendiri.
"Rakyat dapat berbagai-bagai nikmat sejak daripada bayi lagi hingga mereka dewasa. Berbagai Bantuan Prihatin disalurkan kepada rakyat tanpa membezakan fahaman politik kepartian masing-masing.
"Bantuan Prihatin Pahang juga telah dijenamakan semula sebagai Inisiatif Makmur Pahang (I.M. Pahang)," dakwanya.
Malah, menurut Shukri lagi ada pelbagai skim bantuan disediakan pada tahun ini, meliputi bantuan pendidikan untuk pelajar (I.M. Pahang Siswa), bantuan perkahwinan kali pertama (IPKP), serta program kebajikan am yang diagihkan oleh wakil rakyat kawasan.
Bantuan 'one-off, sebanyak RM400 untuk meringankan kos sara hidup mahasiswa anak Pahang di Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Sementara itu, menerusi anak syarikat kerajaan iaitu Yayasan Pahang pula menyediakan bantuan persekolahan, dividen, dan dermasiswa tunai kepada mereka yang memerlukan.
Bantuan kebajikan, kesihatan dan keluarga (Permata Makmur) turut diberikan melalui sumbangan tunai bernilai RM300 bagi menyambut kelahiran bayi baharu anak Pahang.
Kemudahan kad kesihatan percuma (Kad Kasih Makmur) khusus untuk warga emas dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi mendapatkan rawatan juga disediakan.
Ditambah lagi dengan skim bantuan pengurusan jenazah (khairat kematian) serta pembiayaan subsidi kos pembedahan katarak mata untuk golongan yang amemerlukan.
Manakala bantuan insentif khas untuk pasangan rakyat Pahang yang mendirikan rumah tangga buat kali pertama turut disediakan.
Bagi Kluster Ekonomi dan golongan B40 pula disediakan Jualan Makmur iaitu program pasaran subsidi barangan dapur berkala di setiap kawasan DUN bagi meringankan beban kos harian.
Mallah, agihan subsidi lesen niaga percuma untuk penjaja B40, selain bantuan input pertanian untuk petani serta dana sokongan untuk nelayan tempatan turut disediakan.
"Ini membuktikan Kerajaan Pahang sudah melakukan yang terbaik untuk rakyat dii negeri ini sebenarnya. Maka, tiada sebab rakyat terpadaya dengan omongan pembangkan mahu Teraju Pahang pada PRU16 nanti.
"Buat keputusan yang bijak demi masa depan generasi akan datang. Kesilapan yang sedikit akibat emosi dan terpedaya dengan hasutan boleh memudaratkan diri dikemudian hari. Buat pilihan yang tepat," tambah Shukri lagi. #PahangDaily
Demikianlah Artikel Kenapa Perlu Tukar Kerajaan, Jika Pentadbiran 'Tok Wan' Sudah Lakukan Yang Terbaik Untuk Menjaga Kebajikan Dan Kesejahteraan Rakyat Di Pahang
Anda sekarang membaca artikel Kenapa Perlu Tukar Kerajaan, Jika Pentadbiran 'Tok Wan' Sudah Lakukan Yang Terbaik Untuk Menjaga Kebajikan Dan Kesejahteraan Rakyat Di Pahang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/05/kenapa-perlu-tukar-kerajaan-jika.html

0 Response to "Kenapa Perlu Tukar Kerajaan, Jika Pentadbiran 'Tok Wan' Sudah Lakukan Yang Terbaik Untuk Menjaga Kebajikan Dan Kesejahteraan Rakyat Di Pahang"
Catat Ulasan