Loading...

Kerajaan Pahang Terima Peruntukan RM500,000 Untuk Menaik Taraf Litar Motosikal Di Pekan, Bagi Menyokong Minat Anak Muda Di Negeri Ini

Loading...
Kerajaan Pahang Terima Peruntukan RM500,000 Untuk Menaik Taraf Litar Motosikal Di Pekan, Bagi Menyokong Minat Anak Muda Di Negeri Ini - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Pahang Terima Peruntukan RM500,000 Untuk Menaik Taraf Litar Motosikal Di Pekan, Bagi Menyokong Minat Anak Muda Di Negeri Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Pahang Terima Peruntukan RM500,000 Untuk Menaik Taraf Litar Motosikal Di Pekan, Bagi Menyokong Minat Anak Muda Di Negeri Ini
link : Kerajaan Pahang Terima Peruntukan RM500,000 Untuk Menaik Taraf Litar Motosikal Di Pekan, Bagi Menyokong Minat Anak Muda Di Negeri Ini

Baca juga


Kerajaan Pahang Terima Peruntukan RM500,000 Untuk Menaik Taraf Litar Motosikal Di Pekan, Bagi Menyokong Minat Anak Muda Di Negeri Ini

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang terus cakna terhadap minat belia dalam sukan permotoran apabila memperoleh peruntukan RM500,000 daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi menaik taraf litar motosikal di Pekan.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan‑badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Fadzli Mohamad Kamal, berkata peruntukan itu membuktikan kesungguhan kerajaan negeri menyediakan kemudahan sukan yang semakin mendapat sambutan dalam kalangan belia.

Menurut beliau, projek naik taraf akan dilaksanakan dalam masa terdekat dengan keutamaan diberi kepada kerja baik pulih trek, sebelum penambahbaikan kemudahan lain dilakukan.

“Alhamdulillah, akhirnya kita menerima peruntukan ini dan keutamaan adalah membaiki litar terlebih dahulu sebelum menaik taraf kemudahan lain. Terima kasih kepada KBS dan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang atas usaha ini yang sememangnya menyokong minat anak muda,” katanya.

Beliau berkata, litar tunggangan motosikal itu diharap menjadi permulaan kepada pembangunan lebih menyeluruh kemudahan sukan permotoran di Pahang, selaras permintaan belia yang selama ini mengutarakan keperluan litar khusus di negeri itu.

Kenyataan itu dibuat ketika beliau ditemui selepas Majlis Perasmian RXZ Fighter 3.0 di perkarangan Serambi Teruntum, di sini.

Turut hadir, wakil penganjur yang juga ADUN Kemayan, Tuan Khaizulnizam Mohd Zuldin, serta barisan penganjur program.

Program RXZ Fighter 3.0 yang berlangsung selama dua hari bermula semalam berjaya menghimpunkan kira‑kira 50,000 peminat sukan permotoran dari seluruh negeri dan negara, sekali gus mencerminkan perkembangan positif sukan tersebut di Pahang.

“Ini edisi ketiga dan saya mengucapkan tahniah kepada penganjur. Yang paling penting, Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail, menyokong penuh pelaksanaan program ini,” katanya.

Mengulas penganjuran edisi seterusnya, beliau berkata kerajaan negeri akan meneliti cadangan termasuk kemungkinan mengadakan acara di Pekan selepas kerja naik taraf litar siap.

Namun, jelasnya, Kuantan ketika ini paling menepati keperluan penganjuran acara berskala besar dari segi kemudahan penginapan, homestay dan kawasan lapang, walaupun cadangan lain akan terus dipertimbangkan padan pada masa depan. #AstroAwani



Demikianlah Artikel Kerajaan Pahang Terima Peruntukan RM500,000 Untuk Menaik Taraf Litar Motosikal Di Pekan, Bagi Menyokong Minat Anak Muda Di Negeri Ini

Sekianlah artikel Kerajaan Pahang Terima Peruntukan RM500,000 Untuk Menaik Taraf Litar Motosikal Di Pekan, Bagi Menyokong Minat Anak Muda Di Negeri Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Pahang Terima Peruntukan RM500,000 Untuk Menaik Taraf Litar Motosikal Di Pekan, Bagi Menyokong Minat Anak Muda Di Negeri Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/05/kerajaan-pahang-terima-peruntukan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kerajaan Pahang Terima Peruntukan RM500,000 Untuk Menaik Taraf Litar Motosikal Di Pekan, Bagi Menyokong Minat Anak Muda Di Negeri Ini"

Catat Ulasan

Loading...