Judul : Penganjuran Water Music Festival Cherating 2026 Dijadual Berlangsung 1-2 Mei Ini Tidak Mendapat Kelulusan Pihak Majlis Bandaraya Kuantan (MBK)
link : Penganjuran Water Music Festival Cherating 2026 Dijadual Berlangsung 1-2 Mei Ini Tidak Mendapat Kelulusan Pihak Majlis Bandaraya Kuantan (MBK)
Penganjuran Water Music Festival Cherating 2026 Dijadual Berlangsung 1-2 Mei Ini Tidak Mendapat Kelulusan Pihak Majlis Bandaraya Kuantan (MBK)
KUANTAN: Penganjuran Water Music Festival Cherating 2026 yang dijadual berlangsung mulai esok tidak mendapat kelulusan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).
Ketua Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Komunikasi Korporat MBK, Hani Syazani Kamarudin Arifin berkata, ia diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan MBK pada 23 April lepas.
“Pihak penganjur telah menghantar permohonan acara Water Music Festival di Cherating pada 15 April lepas.
“Namun, ia ditolak memandangkan tidak mematuhi syarat minimun tempoh pengemukaan permohonan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut Hani, sebarang proses rayuan daripada pihak penganjur untuk mengadakan acara selama dua hari itu juga tidak dipertimbangkan MBK.
Jelasnya, permohonan penganjuran acara sedemikian perlu dihantar dalam tempoh sekurang-kurangnya 21 hari daripada tarikh acara berlangsung sebelum boleh dipertimbangkan untuk kelulusan.
Terdahulu, hebahan mengenai penganjuran Water Music Festival Cherating 2026 yang dikatakan berlangsung pada 1 dan 2 Mei telah menuai pelbagai reaksi negatif masyarakat termasuk wakil rakyat.
Rata-rata menyatakan bantahan kerana tiada keperluan mengadakan program yang dikatakan tidak memberi manfaat kepada masyarakat lebih-lebih lagi kepada golongan belia di negeri ini. #MalaysiaGazette
Demikianlah Artikel Penganjuran Water Music Festival Cherating 2026 Dijadual Berlangsung 1-2 Mei Ini Tidak Mendapat Kelulusan Pihak Majlis Bandaraya Kuantan (MBK)
Anda sekarang membaca artikel Penganjuran Water Music Festival Cherating 2026 Dijadual Berlangsung 1-2 Mei Ini Tidak Mendapat Kelulusan Pihak Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/05/penganjuran-water-music-festival.html

0 Response to "Penganjuran Water Music Festival Cherating 2026 Dijadual Berlangsung 1-2 Mei Ini Tidak Mendapat Kelulusan Pihak Majlis Bandaraya Kuantan (MBK)"
Catat Ulasan