Loading...

Dua Maut Manakala Tujuh Lagi Cedera, Termasuk Seorang Parah Dalam Kemalangan Melibatkan Tiga Kenderaan Di Chini Pekan

Loading...
Dua Maut Manakala Tujuh Lagi Cedera, Termasuk Seorang Parah Dalam Kemalangan Melibatkan Tiga Kenderaan Di Chini Pekan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dua Maut Manakala Tujuh Lagi Cedera, Termasuk Seorang Parah Dalam Kemalangan Melibatkan Tiga Kenderaan Di Chini Pekan , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dua Maut Manakala Tujuh Lagi Cedera, Termasuk Seorang Parah Dalam Kemalangan Melibatkan Tiga Kenderaan Di Chini Pekan
link : Dua Maut Manakala Tujuh Lagi Cedera, Termasuk Seorang Parah Dalam Kemalangan Melibatkan Tiga Kenderaan Di Chini Pekan

Baca juga


Dua Maut Manakala Tujuh Lagi Cedera, Termasuk Seorang Parah Dalam Kemalangan Melibatkan Tiga Kenderaan Di Chini Pekan

KUANTAN: Dua maut manakala tujuh lagi cedera, termasuk seorang parah, dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chini, Pekan pada Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, dalam kemalangan yang dilaporkan pada jam 5.57 petang itu, pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard dan pemandu kereta Honda Civic maut di tempat kejadian.

Menurutnya, kemalangan itu turut mengakibatkan dua penumpang Toyota Alphard berusia 15 dan 35 tahun, termasuk seorang wanita, cedera.

“Penumpang hadapan kereta Honda Civic dilaporkan parah, manakala tiga penumpang lain termasuk seorang warga emas dan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun mengalami kecederaan.

“Pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Mohd Salahuddin berkata, sepasukan anggota dari BBP Chini dengan bantuan anggota BBP Muadzam Shah bergegas ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Anggota bertindak mengeluarkan mangsa yang berada di dalam kenderaan menggunakan peralatan khas menyelamat.

“Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. #sinarharian



Demikianlah Artikel Dua Maut Manakala Tujuh Lagi Cedera, Termasuk Seorang Parah Dalam Kemalangan Melibatkan Tiga Kenderaan Di Chini Pekan

Sekianlah artikel Dua Maut Manakala Tujuh Lagi Cedera, Termasuk Seorang Parah Dalam Kemalangan Melibatkan Tiga Kenderaan Di Chini Pekan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dua Maut Manakala Tujuh Lagi Cedera, Termasuk Seorang Parah Dalam Kemalangan Melibatkan Tiga Kenderaan Di Chini Pekan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/06/dua-maut-manakala-tujuh-lagi-cedera.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Dua Maut Manakala Tujuh Lagi Cedera, Termasuk Seorang Parah Dalam Kemalangan Melibatkan Tiga Kenderaan Di Chini Pekan "

Catat Ulasan

Loading...