Loading...

Ibu Penyanyi Amad Dayyan, Saerah Taruddiin Akur Serta Terima Hakikat Anaknya Pindah Dan Tinggal Bersama Bapanya Di Kuantan

Loading...
Ibu Penyanyi Amad Dayyan, Saerah Taruddiin Akur Serta Terima Hakikat Anaknya Pindah Dan Tinggal Bersama Bapanya Di Kuantan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ibu Penyanyi Amad Dayyan, Saerah Taruddiin Akur Serta Terima Hakikat Anaknya Pindah Dan Tinggal Bersama Bapanya Di Kuantan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ibu Penyanyi Amad Dayyan, Saerah Taruddiin Akur Serta Terima Hakikat Anaknya Pindah Dan Tinggal Bersama Bapanya Di Kuantan
link : Ibu Penyanyi Amad Dayyan, Saerah Taruddiin Akur Serta Terima Hakikat Anaknya Pindah Dan Tinggal Bersama Bapanya Di Kuantan

Baca juga


Ibu Penyanyi Amad Dayyan, Saerah Taruddiin Akur Serta Terima Hakikat Anaknya Pindah Dan Tinggal Bersama Bapanya Di Kuantan

KUALA LUMPUR: Berat hati namun harus reda, ibu yang juga pengurus penyanyi remaja, Amad Dayyan iaitu Saerah Taruddin akur menerima  hakikat bahawa anaknya itu sudah pindah ke Kuantan untuk tinggal bersama bapanya sejak dua minggu lalu.

Menurut Saerah atau nama lengkapnya Siti Nursairah Tarudin, 46, keputusan tersebut dibuat oleh Amad sendiri dan dia akur dengan pilihan anaknya biarpun hatinya berat untuk berpisah.

“Bila anak yang semakin meningkat remaja, sampai satu masa mereka akan buat keputusan sendiri. Saya tidak pernah menghalang keputusan dia.

“Ibu mana yang tidak sedih bila terpaksa berpisah dengan anak. Saya sedih sampai tak boleh tidur. Sebagai ibu saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat Amad.

“Saya mengharapkan perubahan yang baik untuk diri dia atas pilihan yang dilakukan,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran lagu terbaru Umairah, Hujung Indah, di sini, hari ini.

Ditanya bagaimana dengan kerjaya Amad sebagai seorang penyanyi selepas ini, kata Saerah Amad masih terikat dengan kontrak selama dua tahun.

“Selagi kontrak dia belum habis, saya akan menguruskan kerjaya dia di Kuala Lumpur. Manakala di Kuantan pula, bapanya yang akan uruskan.

“Saya juga dah jelaskan kepada Amad tentang kontrak tersebut. Selagi kontrak masih berjalan, kita akan lunaskan segala tugasan mengikut kontrak.

“Bila selesai sahaja kontrak itu nanti, saya rasa saya dah tak bertanggungjawab menguruskan Amad,” jelasnya.

Terdahulu nama Amad atau nama lengkapnya Ahmad Dayyan Saiful Anuar, 14, mula mencuri tumpuan peminat seni suara selepas menjadi salah seorang peserta rancangan Talk To My Manager musim pertama tahun lalu. #KOSMO!



Demikianlah Artikel Ibu Penyanyi Amad Dayyan, Saerah Taruddiin Akur Serta Terima Hakikat Anaknya Pindah Dan Tinggal Bersama Bapanya Di Kuantan

Sekianlah artikel Ibu Penyanyi Amad Dayyan, Saerah Taruddiin Akur Serta Terima Hakikat Anaknya Pindah Dan Tinggal Bersama Bapanya Di Kuantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ibu Penyanyi Amad Dayyan, Saerah Taruddiin Akur Serta Terima Hakikat Anaknya Pindah Dan Tinggal Bersama Bapanya Di Kuantan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/06/ibu-penyanyi-amad-dayyan-saerah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ibu Penyanyi Amad Dayyan, Saerah Taruddiin Akur Serta Terima Hakikat Anaknya Pindah Dan Tinggal Bersama Bapanya Di Kuantan"

Catat Ulasan

Loading...