Loading...

PAS Pahang Kekal Bergerak Sebagai Satu Jemaah, Tak Berdepan Dengan Pergolakan Dalaman Seperti Gambaran Poster Yang Tular Di Media Sosial

Loading...
PAS Pahang Kekal Bergerak Sebagai Satu Jemaah, Tak Berdepan Dengan Pergolakan Dalaman Seperti Gambaran Poster Yang Tular Di Media Sosial - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS Pahang Kekal Bergerak Sebagai Satu Jemaah, Tak Berdepan Dengan Pergolakan Dalaman Seperti Gambaran Poster Yang Tular Di Media Sosial, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS Pahang Kekal Bergerak Sebagai Satu Jemaah, Tak Berdepan Dengan Pergolakan Dalaman Seperti Gambaran Poster Yang Tular Di Media Sosial
link : PAS Pahang Kekal Bergerak Sebagai Satu Jemaah, Tak Berdepan Dengan Pergolakan Dalaman Seperti Gambaran Poster Yang Tular Di Media Sosial

Baca juga


PAS Pahang Kekal Bergerak Sebagai Satu Jemaah, Tak Berdepan Dengan Pergolakan Dalaman Seperti Gambaran Poster Yang Tular Di Media Sosial

KUANTAN: Dato’ Rosli Abdul Jabar menegaskan PAS Pahang kekal bergerak secara berjemaah dan tidak berdepan pergolakan dalaman seperti yang cuba digambarkan menerusi sebuah poster yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut Pesuruhjaya PAS Pahang itu, setiap pimpinan dalam PAS memainkan peranan masing-masing dalam satu pasukan yang bergerak menuju matlamat perjuangan parti.

Beliau berkata demikian menerusi satu hantaran di media sosial hari ini sebagai mengulas poster yang mempersoalkan kedudukannya sebagai Pesuruhjaya PAS negeri.

“Nok suka pulak bace… rajin dia mikir nak manipulasi tulisan saya. Insya-Allah saya dan pasukan akan terus bekerja.

“Kami bekerja secara berpasukan dan berjemaah, bukan saya seorang diri. Buat masa ini giliran saya memandu PAS Pahang, manakala yang berada di sisi dan belakang saya semuanya ada lesen memandu, malah lebih hebat dan cekap, cuma menunggu giliran,” ujarnya.

Katanya, sepanjang 11 tahun menerajui PAS Pahang, parti itu hampir tidak pernah berdepan pergolakan besar, manakala sebarang perbezaan pandangan yang timbul berjaya diselesaikan dengan baik.

Tambahnya, ahli PAS berada dalam perjuangan bukan untuk mengejar kepentingan peribadi atau projek, sebaliknya untuk berkhidmat kepada Islam melalui wadah parti.

“Semua berada dalam PAS untuk berkhidmat kepada Islam melalui wadah PAS. Mereka tidak pernah menjadi serigala yang berebut melahap hasil buruan,” katanya yang juga ADUN Tanjung Lumpur.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan pihak tertentu supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan pandangan atau membuat tafsiran politik yang boleh mengelirukan masyarakat.

Jelasnya, masyarakat hari ini semakin matang dan menilai berdasarkan fakta serta nilai yang dibawa oleh seseorang pemimpin.

Justeru, katanya, PAS Pahang akan terus bergerak dengan semangat kasih sayang, kesabaran dan perpaduan dalam menghadapi pelbagai cabaran demi mencapai matlamat perjuangan parti.

“Insya-Allah PAS Pahang akan terus bergerak dan terus bergerak. Saya dan pasukan akan terus sabar merempuh segala bentuk halangan sehingga diizinkan Allah SWT mencapai matlamat perjuangan kami,” tambahnya lagi. #Harakahdaily



Demikianlah Artikel PAS Pahang Kekal Bergerak Sebagai Satu Jemaah, Tak Berdepan Dengan Pergolakan Dalaman Seperti Gambaran Poster Yang Tular Di Media Sosial

Sekianlah artikel PAS Pahang Kekal Bergerak Sebagai Satu Jemaah, Tak Berdepan Dengan Pergolakan Dalaman Seperti Gambaran Poster Yang Tular Di Media Sosial kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS Pahang Kekal Bergerak Sebagai Satu Jemaah, Tak Berdepan Dengan Pergolakan Dalaman Seperti Gambaran Poster Yang Tular Di Media Sosial dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/06/pas-pahang-kekal-bergerak-sebagai-satu.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PAS Pahang Kekal Bergerak Sebagai Satu Jemaah, Tak Berdepan Dengan Pergolakan Dalaman Seperti Gambaran Poster Yang Tular Di Media Sosial"

Catat Ulasan

Loading...