Sang 'Kancil' Mula Langkah Di Pahang, Kerusi Parlimen Indera Mahkota Terawal Jadi Taruhan Pada Pilihan Raya Umum Akan Datang - Hallo sahabat
MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sang 'Kancil' Mula Langkah Di Pahang, Kerusi Parlimen Indera Mahkota Terawal Jadi Taruhan Pada Pilihan Raya Umum Akan Datang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel budaya,
Artikel ekonomi,
Artikel information,
Artikel jawatan kosong,
Artikel perniagaan,
Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Sang 'Kancil' Mula Langkah Di Pahang, Kerusi Parlimen Indera Mahkota Terawal Jadi Taruhan Pada Pilihan Raya Umum Akan Datanglink :
Sang 'Kancil' Mula Langkah Di Pahang, Kerusi Parlimen Indera Mahkota Terawal Jadi Taruhan Pada Pilihan Raya Umum Akan Datang
Baca juga
Sang 'Kancil' Mula Langkah Di Pahang, Kerusi Parlimen Indera Mahkota Terawal Jadi Taruhan Pada Pilihan Raya Umum Akan Datang
KUANTAN: Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) memulakan langkah mereka di Pahang dengan memberikan tumpuan terawal di kerusi parlimen Indera Mahkota dan tidak menolak kemungkinan untuk melangkah lebih jauh selepas ini.
Pengasas bersama parti itu, Datuk Seri Rafizi Ramli, bahkan berkata kerusi parlimen berkenaan yang kini disandang bekas pemimpin kanan PKR sebelum beralih ke Bersatu dan dipecat pula akhirnya iaitu Datuk Saifuddin Abdullah “dekat” dengan dirinya.
Jika sambutan yang diterima BERSAMA baik, kata Rafizi, parti itu akan melebarkan pengaruhnya ke barat Pahang.
Kata bekas Menteri Ekonomi itu, selain Kuantan, kawasan Indera Mahkota pernah menjadi tempat dia bertugas sebelum ini.
"Tempat ini orang kata macam tempat saya ‘bermain’…very close (sangat dekat) dengan Kemaman dengan Indera Mahkota dan Kuantan ini,” katanya merujuk kepada tempat dia dibesarkan di Terengganu.
Sebelum terlibat secara aktif dalam PKR, ahli politik berusia 48 tahun itu juga pernah bekerja di Kuantan.
Berucap di program Jelajah Kancil Ke Pahang di Indera Mahkota malam tadi, Rafizi bagaimanapun tidak dapat menentukan peluang Bersama di kerusi tersebut namun menegaskan mahu melihat respon pengundi terlebih dulu.
Dia yang sebelum ini pernah menjadi Timbalan Presiden PKR berkata, setiap sesuatu perlukan langkah awal biarpun kecil.
Justeru, kata Rafizi, ‘benih’ yang mahu disemai Bersama di Pahang akan ‘ditanam’ di Indera Mahkota.
“Kalau sambutan yang diterima itu baik, kita tengok pula di Temerloh, Raub, Jerantut,” katanya.
Turut hadir di program berkenaan ialah seorang lagi pengasas bersama parti berkenaan, Nik Nazmi Nik Ahmad, serta presidennya, Syukri Razab.
Sementara itu, ditemui media selepas program berkenaan, Rafizi memaklumkan pihaknya akan mengumumkan jumlah kerusi bakal ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini.
Katanya, seramai 73 ahli Bersama menawarkan diri untuk menjadi calon.
Menurut Rafizi majlis memperkenalkan calon pula ditetapkan pada Jumaat ini sebagai sebahagian daripada “strategi” Bersama.
“Orang lain semua sibuk umum calon… tak apalah, kita tunggu orang dah umum semua.
“Biar kita umum last sekali… (elemen)suspensepun adavalue(nilai) juga," katanya. #malaysiakini
Demikianlah Artikel Sang 'Kancil' Mula Langkah Di Pahang, Kerusi Parlimen Indera Mahkota Terawal Jadi Taruhan Pada Pilihan Raya Umum Akan Datang
Sekianlah artikel Sang 'Kancil' Mula Langkah Di Pahang, Kerusi Parlimen Indera Mahkota Terawal Jadi Taruhan Pada Pilihan Raya Umum Akan Datang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sang 'Kancil' Mula Langkah Di Pahang, Kerusi Parlimen Indera Mahkota Terawal Jadi Taruhan Pada Pilihan Raya Umum Akan Datang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/06/sang-kancil-mula-langkah-di-pahang.html
0 Response to "Sang 'Kancil' Mula Langkah Di Pahang, Kerusi Parlimen Indera Mahkota Terawal Jadi Taruhan Pada Pilihan Raya Umum Akan Datang"
Catat Ulasan