Loading...

Seorang Wanita Didenda RM80,000 Dalam Mahkamah Sesyen Raub Kerana Kesalahan Ceroboh Tanah Kerajaan Untuk Tanam Durian

Loading...
Seorang Wanita Didenda RM80,000 Dalam Mahkamah Sesyen Raub Kerana Kesalahan Ceroboh Tanah Kerajaan Untuk Tanam Durian - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Seorang Wanita Didenda RM80,000 Dalam Mahkamah Sesyen Raub Kerana Kesalahan Ceroboh Tanah Kerajaan Untuk Tanam Durian, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Seorang Wanita Didenda RM80,000 Dalam Mahkamah Sesyen Raub Kerana Kesalahan Ceroboh Tanah Kerajaan Untuk Tanam Durian
link : Seorang Wanita Didenda RM80,000 Dalam Mahkamah Sesyen Raub Kerana Kesalahan Ceroboh Tanah Kerajaan Untuk Tanam Durian

Baca juga


Seorang Wanita Didenda RM80,000 Dalam Mahkamah Sesyen Raub Kerana Kesalahan Ceroboh Tanah Kerajaan Untuk Tanam Durian

RAUB: Seorang pengusaha kebun durian didenda RM80,000 dalam Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin selepas mengaku salah atas tuduhan menduduki tanah kerajaan negeri tanpa kebenaran di Sungai Pertang, Mukim Gali, di sini kira-kira dua tahun lalu.

Hakim Puan Noor Zaihan Mohamad Ali turut memerintahkan tertuduh,Yong Lai Kien, 48, dipenjara selama lapan bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Berdasarkan fakta kes, susulan Ops Sekat Musang King dijalankan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) pada 9 Ogos 2024 lalu, wanita terbabit didapati menduduki tanah kerajaan negeri tanpa kebenaran pihak berkuasa negeri.

Dalam serbuan di kawasan Sungai Pertang, Mukim Gali itu mendapati terdapat sebuah rumah kebun serta kawasan tanaman pokok durian yang diusahakan.

Hasil siasatan mendapati tertuduh telah menduduki dan menggunakan tanah berkenaan tanpa memperoleh kebenaran sah daripada pihak berkuasa negeri sebelum tindakan pendakwaan diambil.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 425(1)(a) Kanun Tanah Negara yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa UPNP, Muhammad Muqris Alif Zairiasdi dan Nurul Ain Wozzari manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Harris Mohan.

Dalam prosiding itu, pihak pendakwaan memohon mahkamah mengenakan hukuman yang berat dan setimpal terhadap tertuduh.

Hujahnya, perbuatan menceroboh tanah kerajaan bukan sahaja menyebabkan kerosakan besar kepada struktur tanah di kawasan terbabit malah mengakibatkan ketirisan hasil kerajaan negeri daripada kutipan hasil tanah dan permit yang sepatutnya diperoleh.

Pihak pendakwaan turut menegaskan, hukuman diperuntukkan di bawah undang-undang adalah berat sekali gus menunjukkan keseriusan kerajaan dalam menangani isu pencerobohan tanah.

Kes itu dilihat sebagai antara tindakan penguatkuasaan berterusan kerajaan negeri menerusi Ops Sekat Musang King bagi membanteras kegiatan pendudukan dan penerokaan tanah kerajaan tanpa kebenaran, khususnya di daerah Raub yang sebelum ini dikenal pasti mempunyai beberapa kawasan pencerobohan tanah melibatkan aktiviti pertanian. #sinarharian





Demikianlah Artikel Seorang Wanita Didenda RM80,000 Dalam Mahkamah Sesyen Raub Kerana Kesalahan Ceroboh Tanah Kerajaan Untuk Tanam Durian

Sekianlah artikel Seorang Wanita Didenda RM80,000 Dalam Mahkamah Sesyen Raub Kerana Kesalahan Ceroboh Tanah Kerajaan Untuk Tanam Durian kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Seorang Wanita Didenda RM80,000 Dalam Mahkamah Sesyen Raub Kerana Kesalahan Ceroboh Tanah Kerajaan Untuk Tanam Durian dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/06/seorang-wanita-didenda-rm80000-dalam.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to " Seorang Wanita Didenda RM80,000 Dalam Mahkamah Sesyen Raub Kerana Kesalahan Ceroboh Tanah Kerajaan Untuk Tanam Durian"

Catat Ulasan

Loading...