Loading...

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang Hentikan Serta-Merta Program Dan Aktiviti Libatkan Haiwan Berbisa Serta Merta Buat Masa Ini

Loading...
Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang Hentikan Serta-Merta Program Dan Aktiviti Libatkan Haiwan Berbisa Serta Merta Buat Masa Ini - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang Hentikan Serta-Merta Program Dan Aktiviti Libatkan Haiwan Berbisa Serta Merta Buat Masa Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang Hentikan Serta-Merta Program Dan Aktiviti Libatkan Haiwan Berbisa Serta Merta Buat Masa Ini
link : Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang Hentikan Serta-Merta Program Dan Aktiviti Libatkan Haiwan Berbisa Serta Merta Buat Masa Ini

Baca juga


Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang Hentikan Serta-Merta Program Dan Aktiviti Libatkan Haiwan Berbisa Serta Merta Buat Masa Ini

 

KUANTAN: Semua program dan aktiviti demonstrasi atau pertunjukan membabitkan haiwan berbisa dikendalikan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang dihentikan serta-merta buat masa ini.

‎Pengarahnya, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, keputusan itu susulan kejadian seorang anggota meninggal dunia selepas dipatuk ular di Temerloh pada Ahad lalu.

‎Menurutnya, keputusan menghentikan demonstrasi berkenaan bagi memastikan aspek keselamatan anggota sentiasa diberi keutamaan, terutama dalam aktiviti yang melibatkan haiwan berbisa.

‎Allahyarham Sarjan (PA) Muhamad Muazam Shah Kamardin, 39, meninggal dunia kira-kira jam 1.50 pagi Ahad lalu ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh selepas lebih 14 jam bertarung nyawa akibat dipatuk ular tedung selar.

‎Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 pagi pada Sabtu itu, mangsa dipatuk pada jari tangan kanan ketika melakukan demonstrasi pengendalian reptilia sempena sebuah program di Temerloh.

‎Che Adam bagaimanapun berkata, operasi APM bagi menangani kes membabitkan haiwan berbisa masih diteruskan seperti biasa.

‎Operasi menangani haiwan berbisa masih beroperasi dan masih menggunakan prosedur operasi.standard (SOP) yang sedang berkuat kuasa," katanya.

‎Bagaimanapun menurutnya, anggota yang ditugaskan dalam operasi berkenaan sentiasa diingatkan supaya lebih berhati-hati dan melaksanakan setiap tindakan mengikut prosedur operasi ditetapkan. #SinarHarian



Demikianlah Artikel Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang Hentikan Serta-Merta Program Dan Aktiviti Libatkan Haiwan Berbisa Serta Merta Buat Masa Ini

Sekianlah artikel Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang Hentikan Serta-Merta Program Dan Aktiviti Libatkan Haiwan Berbisa Serta Merta Buat Masa Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang Hentikan Serta-Merta Program Dan Aktiviti Libatkan Haiwan Berbisa Serta Merta Buat Masa Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/08/angkatan-pertahanan-awam-apm-pahang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang Hentikan Serta-Merta Program Dan Aktiviti Libatkan Haiwan Berbisa Serta Merta Buat Masa Ini"

Catat Ulasan

Loading...