Loading...

Kerajaan Negeri Mahu Satu Laporan Lengkap Disediakan Pihak Berkaitan Isu Sungai Pahang Di Pesagi Yang Kering Sejak Beberapa Tahun Lalu

Loading...
Kerajaan Negeri Mahu Satu Laporan Lengkap Disediakan Pihak Berkaitan Isu Sungai Pahang Di Pesagi Yang Kering Sejak Beberapa Tahun Lalu - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Negeri Mahu Satu Laporan Lengkap Disediakan Pihak Berkaitan Isu Sungai Pahang Di Pesagi Yang Kering Sejak Beberapa Tahun Lalu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Negeri Mahu Satu Laporan Lengkap Disediakan Pihak Berkaitan Isu Sungai Pahang Di Pesagi Yang Kering Sejak Beberapa Tahun Lalu
link : Kerajaan Negeri Mahu Satu Laporan Lengkap Disediakan Pihak Berkaitan Isu Sungai Pahang Di Pesagi Yang Kering Sejak Beberapa Tahun Lalu

Baca juga


Kerajaan Negeri Mahu Satu Laporan Lengkap Disediakan Pihak Berkaitan Isu Sungai Pahang Di Pesagi Yang Kering Sejak Beberapa Tahun Lalu

MARAN: Kerajaan negeri mahu satu laporan lengkap disediakan pihak berkaitan isu Sungai Pahang di Pesagi, di sini yang kering sejak beberapa tahun lalu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, laporan lengkap perlu disediakan bagi menyediakan langkah jangka pendek dan panjang dalam mengatasi isu tersebut.

“Sekarang saya minta laporan daripada daerah dan saya akan bawa dalam mesyuarat exco, kita kaji, teliti dan perhalusi untuk tindakan selanjutnya.

“Untuk jangka panjang kita perlu dapat laporan yang lengkap untuk kita kemukakan kepada pihak atasan,”katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Tapak Projek Pencawang Masuk Utama (PMU) Kampung Awah di Maran, hari ini.

Baru-baru ini Kosmo! melaporkan, Sungai Pahang di Pesagi di sini semakin kering sehingga boleh dilalui oleh pejalan kaki dan penunggang motosikal, malah terdapat kawasan yang sudah ditumbuhi rumput.

Kawasan yang dahulunya terkenal dengan lubuk ikan kerana dasar yang dalam dan berarus deras itu berubah menjadi kering-kontang dan membentuk daratan berpasir.

Jika tiga tahun lalu kawasan kering itu hanya sepanjang tiga kilometer, namun kini telah mencecah kira-kira enam kilometer.

Menurut Wan Rosdy, dalam mesyuarat exco yang dijadual Rabu ini, kerajaan negeri akan turut membincangkan isu ini bagi mencari penyelesaian jangka pendek dan panjang.

Ditanya mengenai satu-satunya kaedah yang dilihat signifikan iaitu dengan melakukan pengorekan pasir beliau berkata perkara itu telah dipanjangkan kepada kerajaan Persekutuan termasuk mendapatkan kelulusan.

“Kita telah panjangkan kepada pihak Persekutuan, harap Persekutuan membuat keputusan yang menguntungkan kerajaan negeri,” ujarnya. #KOSMO!



Demikianlah Artikel Kerajaan Negeri Mahu Satu Laporan Lengkap Disediakan Pihak Berkaitan Isu Sungai Pahang Di Pesagi Yang Kering Sejak Beberapa Tahun Lalu

Sekianlah artikel Kerajaan Negeri Mahu Satu Laporan Lengkap Disediakan Pihak Berkaitan Isu Sungai Pahang Di Pesagi Yang Kering Sejak Beberapa Tahun Lalu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Negeri Mahu Satu Laporan Lengkap Disediakan Pihak Berkaitan Isu Sungai Pahang Di Pesagi Yang Kering Sejak Beberapa Tahun Lalu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/08/kerajaan-negeri-mahu-satu-laporan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kerajaan Negeri Mahu Satu Laporan Lengkap Disediakan Pihak Berkaitan Isu Sungai Pahang Di Pesagi Yang Kering Sejak Beberapa Tahun Lalu"

Catat Ulasan

Loading...