Loading...

Negeri Pahang Disasarkan Mencapai Status Negeri Maju Dalam Tempoh Lima Tahun Akan Datang, Selari Dengan Pembangunan Seimbang

Loading...
Negeri Pahang Disasarkan Mencapai Status Negeri Maju Dalam Tempoh Lima Tahun Akan Datang, Selari Dengan Pembangunan Seimbang - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Negeri Pahang Disasarkan Mencapai Status Negeri Maju Dalam Tempoh Lima Tahun Akan Datang, Selari Dengan Pembangunan Seimbang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Negeri Pahang Disasarkan Mencapai Status Negeri Maju Dalam Tempoh Lima Tahun Akan Datang, Selari Dengan Pembangunan Seimbang
link : Negeri Pahang Disasarkan Mencapai Status Negeri Maju Dalam Tempoh Lima Tahun Akan Datang, Selari Dengan Pembangunan Seimbang

Baca juga


Negeri Pahang Disasarkan Mencapai Status Negeri Maju Dalam Tempoh Lima Tahun Akan Datang, Selari Dengan Pembangunan Seimbang

KUANTAN: Beberapa hari lalu, sebuah akhbar tempatan memetik kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, bahawa negeri itu disasarkan mencapai status negeri maju dalam tempoh lima tahun akan datang.

Sasaran tersebut dilihat selari dengan perkembangan pesat dalam pelbagai sektor ekonomi dan sosioekonomi.

Pahang juga mencatatkan pencapaian memberangsangkan apabila berjaya mengutip hasil negeri melebihi RM1 bilion selama empat tahun berturut-turut. 

Dengan jumlah penduduk sekitar 1.7 juta orang, peningkatan berkenaan menunjukkan kedudukan kewangan negeri semakin kukuh berbanding hasil sekitar RM800 juta hingga RM900 juta sebelum ini.

Namun, status negeri maju tidak wajar diukur berdasarkan hasil kerajaan semata-mata. Kemajuan perlu merangkumi pendapatan rakyat, pertumbuhan ekonomi, peluang pekerjaan, jaringan pengangkutan, pendidikan, kesihatan, perindustrian, pertanian serta kualiti hidup masyarakat.

Antara keutamaan ialah memperluas jaringan jalan raya dan perkhidmatan kereta api. Pahang kini mempunyai Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Lingkaran Tengah Utama (LTU) serta Lebuhraya Kuantan-Segamat. Projek Perkhidmatan Rel Pantai Timur (ECRL)  yang dijangka beroperasi pada 2027 pula bakal menghubungkan beberapa daerah dengan rangkaian pengangkutan yang lebih moden.

Bagaimanapun, beberapa kawasan seperti Jerantut, Bera, Pekan dan Rompin masih memerlukan hubungan pengangkutan yang lebih baik. Kerajaan negeri wajar meneliti pembinaan atau penaiktarafan laluan yang menghubungkan kawasan berkenaan dengan rangkaian lebuh raya sedia ada.

Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)  dari Jerantut ke Mentakab juga boleh dipertingkat melalui penambahan kekerapan perjalanan serta kajian terhadap landasan berkembar. Hubungan ini penting bagi memudahkan penumpang menyambung perjalanan menggunakan ECRL di Mentakab.

Pada masa sama, pembangunan ekonomi perlu diagihkan secara lebih seimbang antara daerah. Penubuhan zon industri berskala sederhana boleh membuka peluang pekerjaan, manakala sektor pertanian perlu diperkasa melalui teknologi dan pendekatan mampan.

Tanah terbiar milik individu yang sesuai juga boleh dipertimbangkan untuk pembangunan bercampur, tertakluk kepada perancangan guna tanah. Langkah ini berpotensi menghidupkan kegiatan ekonomi setempat serta menambah hasil negeri.

Akhirnya, Pahang hanya benar-benar boleh dianggap maju apabila manfaat pembangunan dapat dirasai rakyat di seluruh daerah. 

Kemajuan bukan sekadar angka hasil atau jumlah pelaburan, tetapi kemampuan menyediakan kehidupan yang lebih baik, peluang ekonomi yang luas dan kemudahan asas yang berkualiti kepada seluruh rakyat. #UtusanMalaysia 



Demikianlah Artikel Negeri Pahang Disasarkan Mencapai Status Negeri Maju Dalam Tempoh Lima Tahun Akan Datang, Selari Dengan Pembangunan Seimbang

Sekianlah artikel Negeri Pahang Disasarkan Mencapai Status Negeri Maju Dalam Tempoh Lima Tahun Akan Datang, Selari Dengan Pembangunan Seimbang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Negeri Pahang Disasarkan Mencapai Status Negeri Maju Dalam Tempoh Lima Tahun Akan Datang, Selari Dengan Pembangunan Seimbang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/08/negeri-pahang-disasarkan-mencapai.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to " Negeri Pahang Disasarkan Mencapai Status Negeri Maju Dalam Tempoh Lima Tahun Akan Datang, Selari Dengan Pembangunan Seimbang"

Catat Ulasan

Loading...