Loading...

Pahang Menoktahkan Miskin Tegar, Kesemua 2,913 Ketua Isi Rumah (KIR) Yang Direkodkan Dalam 'Lock Figure' Berjaya Dikeluarkan Daripada Status Tersebut

Loading...
Pahang Menoktahkan Miskin Tegar, Kesemua 2,913 Ketua Isi Rumah (KIR) Yang Direkodkan Dalam 'Lock Figure' Berjaya Dikeluarkan Daripada Status Tersebut - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pahang Menoktahkan Miskin Tegar, Kesemua 2,913 Ketua Isi Rumah (KIR) Yang Direkodkan Dalam 'Lock Figure' Berjaya Dikeluarkan Daripada Status Tersebut, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pahang Menoktahkan Miskin Tegar, Kesemua 2,913 Ketua Isi Rumah (KIR) Yang Direkodkan Dalam 'Lock Figure' Berjaya Dikeluarkan Daripada Status Tersebut
link : Pahang Menoktahkan Miskin Tegar, Kesemua 2,913 Ketua Isi Rumah (KIR) Yang Direkodkan Dalam 'Lock Figure' Berjaya Dikeluarkan Daripada Status Tersebut

Baca juga


Pahang Menoktahkan Miskin Tegar, Kesemua 2,913 Ketua Isi Rumah (KIR) Yang Direkodkan Dalam 'Lock Figure' Berjaya Dikeluarkan Daripada Status Tersebut

KUANTAN: Pahang menoktahkan miskin tegar apabila kesemua 2,913 Ketua Isi Rumah (KIR) yang direkodkan dalam 'lock figure' pada 15 Januari lalu berjaya dikeluarkan daripada status tersebut.

‎Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, lebih membanggakan, Pahang turut berjaya memangkas kemiskinan sebanyak 30 peratus, apabila 4,263 daripada 14,210 KIR yang berstatus miskin pada 5 Jun lalu telah berjaya dikeluarkan daripada kelompok tersebut.

‎Menurutnya, kategori miskin tegar merujuk kepada isi rumah berpendapatan perkapita di bawah RM372 sebulan di bandar dan RM345 di luar bandar.

‎"Kategori miskin pula merujuk kepada pendapatan perkapita kurang daripada RM790 sebulan di bandar dan RM714 di luar bandar.

‎Wan Rosdy berkata, semua perlu memahami bahawa data dalam Sistem eKasih bersifat dinamik dan sentiasa berubah mengikut keadaan sosioekonomi sesebuah isi rumah.

‎Katanya, perubahan pendapatan, kehilangan pekerjaan, pertambahan atau pengurangan ahli isi rumah termasuk anak-anak KIR yang berpindah keluar kerana berkahwin atau mendapatkan pekerjaan boleh mempengaruhi status sesebuah keluarga.

‎"Justeru, pencapaian ini bukan bermakna usaha membasmi kemiskinan telah selesai sebaliknya ia menuntut tindakan, pemantauan dan intervensi yang berterusan.

‎"Antara faktor utama menyumbang kepada kejayaan ini antaranya penyampaian pelbagai bentuk bantuan, inisiatif serta intervensi bersasar oleh kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan dan agensi-agensi berkaitan di samping perubahan pendapatan dan saiz isi rumah," ujarnya.

‎Justeru katanya, kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan, agensi bantuan, pihak berkuasa tempatan, wakil rakyat dan pemimpin masyarakat bagi memastikan setiap keluarga yang masih berada dalam kategori miskin dan miskin tegar dalam senarai eKasih terus dibantu mengikut keperluan masing-masing.

‎"Kita bukan sekadar mahu mengeluarkan rakyat daripada status kemiskinan, tetapi lebih penting memastikan mereka mampu berdikari, mempunyai sumber pendapatan yang lebih kukuh dan menikmati kehidupan yang lebih sejahtera.

‎"Insya-ALLAH, kerajaan negeri akan terus memperkukuh pendekatan memangkas kemiskinan ini demi memastikan kemakmuran dan kesejahteraan dapat dirasai oleh seluruh rakyat Pahang," katanya.

‎Tambah beliau, kerajaan Pahang terus komited membasmi kemiskinan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui pendekatan yang menyeluruh, bersasar dan berterusan. #SinarHarian



Demikianlah Artikel Pahang Menoktahkan Miskin Tegar, Kesemua 2,913 Ketua Isi Rumah (KIR) Yang Direkodkan Dalam 'Lock Figure' Berjaya Dikeluarkan Daripada Status Tersebut

Sekianlah artikel Pahang Menoktahkan Miskin Tegar, Kesemua 2,913 Ketua Isi Rumah (KIR) Yang Direkodkan Dalam 'Lock Figure' Berjaya Dikeluarkan Daripada Status Tersebut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pahang Menoktahkan Miskin Tegar, Kesemua 2,913 Ketua Isi Rumah (KIR) Yang Direkodkan Dalam 'Lock Figure' Berjaya Dikeluarkan Daripada Status Tersebut dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/08/pahang-menoktahkan-miskin-tegar-kesemua.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pahang Menoktahkan Miskin Tegar, Kesemua 2,913 Ketua Isi Rumah (KIR) Yang Direkodkan Dalam 'Lock Figure' Berjaya Dikeluarkan Daripada Status Tersebut"

Catat Ulasan

Loading...