Loading...

PAS Pahang Sedia Bertembung Dengan Parti Lain Pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) Sekiranya Usaha Penyatuan Ummah Gagal

Loading...
PAS Pahang Sedia Bertembung Dengan Parti Lain Pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) Sekiranya Usaha Penyatuan Ummah Gagal - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS Pahang Sedia Bertembung Dengan Parti Lain Pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) Sekiranya Usaha Penyatuan Ummah Gagal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS Pahang Sedia Bertembung Dengan Parti Lain Pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) Sekiranya Usaha Penyatuan Ummah Gagal
link : PAS Pahang Sedia Bertembung Dengan Parti Lain Pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) Sekiranya Usaha Penyatuan Ummah Gagal

Baca juga


PAS Pahang Sedia Bertembung Dengan Parti Lain Pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) Sekiranya Usaha Penyatuan Ummah Gagal

KUANTAN: PAS Pahang bersedia bertembung dengan parti lain pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) sekiranya usaha penyatuan parti-parti Melayu tidak mendapat persetujuan.

Pesuruhjayanya, Datuk Rosli Abdul Jabar menegaskan, parti itu meletakkan penyatuan ummah sebagai pilihan utama, namun tidak menolak kemungkinan lain dijangka berlaku.

“Kalau sekiranya pihak UMNO tidak bersetuju ataupun parti-parti Melayu yang lain tidak bersetuju (dengan penyatuan ummah).

"Maka PAS Pahang juga bersedia untuk bertembung dengan mana-mana parti pada PRU16 yang akan datang, insya-Allah,” katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Terdahulu, Rosli menerusi hantaran di laman Facebook miliknya turut menegaskan pendirian sama berhubung perkara tersebut.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Lumpur itu, PAS Pahang menyambut baik usaha Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang untuk menyatukan parti-parti Melayu khususnya UMNO di seluruh negara.

Beliau berkata, usaha berkenaan bertujuan menyekat kemaraan DAP.

“Namun begitu, harapan kita samalah sebagaimana harapan Tuan Guru Presiden, agar berlakunya penyatuan ummah di seluruh negara,” katanya.

Ditanya mengenai perbincangan dengan BN, Rosli berkata, setakat ini pihaknya belum mengadakan sebarang perbincangan berhubung perkara tersebut.

Katanya, PAS Pahang turut melihat senario politik semasa termasuk apa yang berlaku di Johor dan Negeri Sembilan.

“Dan begitu juga bagi pihak Perikatan Nasional (PN), terutama PAS, telah mengajak secara rasmi parti-parti termasuk UMNO untuk bersama-sama bergabung atas nama penyatuan ummah.

“Jadi, setakat ini memang kita tidak ada sebarang perbincangan lagi dan insya-Allah, kita akan cubalah untuk melakukan perbincangan,” katanya.

Rosli menambah, pendirian rasmi PAS Pahang adalah memberi keutamaan kepada usaha mengadakan muafakat penyatuan ummah sekiranya UMNO bersetuju.

“Insya-Allah kalau sekiranya ada ruang perbincangan dengan BN di Pahang, insya-Allah kami bersedialah untuk sama-sama berbincang demi penyatuan ummah.

“Jadi kita PAS Pahang ini, kita bersedia pada bila-bila masa sahaja, insya-Allah,” jelasnya.

Menyentuh sudut jentera, Rosli memberitahu parti itu telah pun bersedia untuk berhadapan dengan PRU16.

“Dengan kemungkinan-kemungkinan senario politik yang berlaku sama ada berlakunya penyatuan ummah ataupun berlakunya pertembungan dengan parti-parti lain,” katanya. #SinarHarian



Demikianlah Artikel PAS Pahang Sedia Bertembung Dengan Parti Lain Pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) Sekiranya Usaha Penyatuan Ummah Gagal

Sekianlah artikel PAS Pahang Sedia Bertembung Dengan Parti Lain Pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) Sekiranya Usaha Penyatuan Ummah Gagal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS Pahang Sedia Bertembung Dengan Parti Lain Pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) Sekiranya Usaha Penyatuan Ummah Gagal dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/08/pas-pahang-sedia-bertembung-dengan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PAS Pahang Sedia Bertembung Dengan Parti Lain Pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) Sekiranya Usaha Penyatuan Ummah Gagal"

Catat Ulasan

Loading...