Judul : Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang Masih Jalankan Siasatan Lanjut Punca Kematian Penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM)
link : Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang Masih Jalankan Siasatan Lanjut Punca Kematian Penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang Masih Jalankan Siasatan Lanjut Punca Kematian Penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM)
KUANTAN: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Maran sedang menjalankan siasatan lanjut punca kematian penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM), Allahyarham Fadhlan Fakhry Solana Mohd Fellimal.
Fadhlan Fakhry meninggal dunia pada 5 September lalu selepas rebah ketika menyertai acara lasak Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2026 di UiTM Kampus Jengka, Pahang.
JKN Pahang menerusi kenyataan hari ini, memaklumkan bahawa siasatan itu merangkumi penilaian terhadap aspek persekitaran, pelaksanaan aktiviti, keadaan cuaca serta faktor lain yang berkaitan.
"JKN Pahang menyambut baik tindakan pihak penganjur yang menghentikan aktiviti berkaitan susulan kejadian itu sebagai langkah berjaga-jaga sementara siasatan dijalankan," kata kenyataan itu.
Dalam pada itu, JKN Pahang menasihati semua penganjur aktiviti fizikal lasak dan aktiviti luar supaya melaksanakan penilaian risiko sebelum dan sepanjang aktiviti, khususnya dengan mengambil kira risiko berkaitan haba dan keadaan cuaca semasa.
Menurutnya, tahap kesihatan dan keupayaan fizikal peserta juga perlu diberi perhatian bersesuaian dengan jenis serta intensiti aktiviti yang dijalankan.
"Peserta hendaklah memastikan pengambilan air yang mencukupi sebelum, semasa dan selepas aktiviti untuk mengekalkan tahap hidrasi yang baik.
"Penganjur juga perlu memastikan bekalan air minuman mudah diperoleh di lokasi yang bersesuaian serta menyediakan tempoh rehat yang mencukupi terutama ketika cuaca panas atau aktiviti berintensiti tinggi," katanya.
JKN Pahang turut memaklumkan bahawa pemantauan peserta melalui kaedah sistem `buddy' dan `checkpoint' di samping kesiapsiagaan pasukan perubatan kecemasan, ambulans serta pelan tindakan kecemasan dan evakuasi yang jelas perlu diberi keutamaan untuk memastikan pengesanan awal dan tindak balas segera sekiranya berlaku kecemasan.
"JKN Pahang akan terus memantau perkembangan semasa dan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan hasil siasatan yang sedang dijalankan," katanya.
Sebelum ini, Fadhlan Fakhry dilaporkan rebah ketika menyertai acara itu pada 4 September lalu, sebelum disahkan meninggal dunia keesokannya.
Lapan lagi penuntut dilaporkan menerima rawatan serta pemantauan perubatan berikutan kejadian berkaitan haba ketika menyertai acara terbabit.#HarianMetro
Demikianlah Artikel Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang Masih Jalankan Siasatan Lanjut Punca Kematian Penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Anda sekarang membaca artikel Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang Masih Jalankan Siasatan Lanjut Punca Kematian Penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/09/jabatan-kesihatan-negeri-jkn-pahang.html

0 Response to "Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang Masih Jalankan Siasatan Lanjut Punca Kematian Penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM)"
Catat Ulasan