Judul : Kerajaan Pahang Hargai Usaha FELDA Selesai Isu Bekalan Utiliti Rumah Generasi Baharu, Melibatkan Rumah Kedua Di Atas Satu Lot
link : Kerajaan Pahang Hargai Usaha FELDA Selesai Isu Bekalan Utiliti Rumah Generasi Baharu, Melibatkan Rumah Kedua Di Atas Satu Lot
Kerajaan Pahang Hargai Usaha FELDA Selesai Isu Bekalan Utiliti Rumah Generasi Baharu, Melibatkan Rumah Kedua Di Atas Satu Lot
KUANTAN: Kerajaan Pahang menghargai usaha Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dalam memperkemas proses pengesahan serta permohonan bekalan utiliti bagi rumah generasi baharu FELDA, khususnya melibatkan rumah kedua di atas satu lot.
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, inisiatif itu penting bagi menyelesaikan isu yang telah lama dihadapi sebahagian peneroka dan generasi baharu, terutama mereka yang telah membina serta menduduki rumah tetapi masih mengalami kekangan dalam mendapatkan bekalan elektrik dan air.
"Saya difahamkan FELDA telah mengadakan perbincangan dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi mencari kaedah terbaik untuk memudahkan proses kemasukan bekalan elektrik.
"Terbaru, FELDA turut memberi kuasa kepada Pengarah Wilayah untuk mengesahkan dan menandatangani surat sokongan kemasukan bekalan utiliti, tertakluk kepada syarat dan semakan yang ditetapkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri melihat langkah itu sebagai satu perkembangan positif kerana dapat mempercepat urusan rakyat dan mengurangkan kerenah birokrasi, khususnya bagi permohonan yang telah memenuhi segala syarat serta mendapat kelulusan sewajarnya.
"Pada masa yang sama, saya berharap kerjasama antara FELDA, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan agensi utiliti dapat terus diperkukuh supaya setiap permohonan yang layak dapat diproses dengan lebih cepat, teratur dan telus.
"Paling penting, keperluan asas rakyat seperti bekalan elektrik dan air mesti diberikan keutamaan. Kita mahu setiap permasalahan diselesaikan melalui pendekatan yang konstruktif, mengikut peraturan dan bidang kuasa masing-masing, tanpa menjejaskan kepentingan rakyat," katanya.
Wan Rosdy berkata kerajaan Pahang akan terus memberikan kerjasama dan sokongan bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan peneroka dan generasi baharu FELDA sentiasa terbela. #HarianMetro
Demikianlah Artikel Kerajaan Pahang Hargai Usaha FELDA Selesai Isu Bekalan Utiliti Rumah Generasi Baharu, Melibatkan Rumah Kedua Di Atas Satu Lot
Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Pahang Hargai Usaha FELDA Selesai Isu Bekalan Utiliti Rumah Generasi Baharu, Melibatkan Rumah Kedua Di Atas Satu Lot dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/09/kerajaan-pahang-hargai-usaha-felda.html

0 Response to "Kerajaan Pahang Hargai Usaha FELDA Selesai Isu Bekalan Utiliti Rumah Generasi Baharu, Melibatkan Rumah Kedua Di Atas Satu Lot"
Catat Ulasan