Judul : Polis Kuantan Sedang Mengesan Seorang Lelaki Yang Disyaki Menceroboh Sebuah Rumah Di Taman LKNP, Bukit Setongkol Malam Tadi
link : Polis Kuantan Sedang Mengesan Seorang Lelaki Yang Disyaki Menceroboh Sebuah Rumah Di Taman LKNP, Bukit Setongkol Malam Tadi
Polis Kuantan Sedang Mengesan Seorang Lelaki Yang Disyaki Menceroboh Sebuah Rumah Di Taman LKNP, Bukit Setongkol Malam Tadi
KUANTAN: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki menceroboh sebuah rumah di Taman LKNP, Bukit Setongkol, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata kejadian disedari pemilik rumah terbabit sekitar pukul 11.55 malam.
Menurut beliau, berdasarkan maklumat awal, suspek dipercayai memasuki kawasan rumah mangsa dengan memanjat pagar sebelum cuba melarikan beberapa barangan termasuk tangga aluminium dan wayar kabel.
“Bagaimanapun, kejadian itu disedari pemilik rumah menyebabkan suspek segera melarikan diri tanpa sempat membawa barangan yang cuba dicuri.
“Suspek juga meninggalkan motosikal yang digunakan di hadapan rumah terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, tular di media sosial hantaran seorang pengguna mendakwa terdapat kejadian pecah masuk di lima buah rumah di kawasan berkenaan dan meminta agar komuniti setempat berwaspada serta berhati-hati.
Berdasarkan hantaran yang dikongsikan, kejadian itu dikatakan berlaku antara pukul 12.00 tengah malam hingga 12.45 pagi dan melibatkan lima buah rumah yang diceroboh.
Sementara itu, Ashari berkata kejadian tersebut berjaya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dan usaha mengesan serta menahan suspek sedang giat dijalankan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan,” katanya. #BeritaRTM
Demikianlah Artikel Polis Kuantan Sedang Mengesan Seorang Lelaki Yang Disyaki Menceroboh Sebuah Rumah Di Taman LKNP, Bukit Setongkol Malam Tadi
Anda sekarang membaca artikel Polis Kuantan Sedang Mengesan Seorang Lelaki Yang Disyaki Menceroboh Sebuah Rumah Di Taman LKNP, Bukit Setongkol Malam Tadi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/10/polis-kuantan-sedang-mengesan-seorang.html

0 Response to "Polis Kuantan Sedang Mengesan Seorang Lelaki Yang Disyaki Menceroboh Sebuah Rumah Di Taman LKNP, Bukit Setongkol Malam Tadi"
Catat Ulasan