Loading...

Sebanyak 1.36 Juta Biji Telur Ayam Dan Itik Dihasilkan Di Pahang Setiap Hari, Antara Penyumbang Utama Bekalan Ke Negeri Lain

Loading...
Sebanyak 1.36 Juta Biji Telur Ayam Dan Itik Dihasilkan Di Pahang Setiap Hari, Antara Penyumbang Utama Bekalan Ke Negeri Lain - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sebanyak 1.36 Juta Biji Telur Ayam Dan Itik Dihasilkan Di Pahang Setiap Hari, Antara Penyumbang Utama Bekalan Ke Negeri Lain, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sebanyak 1.36 Juta Biji Telur Ayam Dan Itik Dihasilkan Di Pahang Setiap Hari, Antara Penyumbang Utama Bekalan Ke Negeri Lain
link : Sebanyak 1.36 Juta Biji Telur Ayam Dan Itik Dihasilkan Di Pahang Setiap Hari, Antara Penyumbang Utama Bekalan Ke Negeri Lain

Baca juga


Sebanyak 1.36 Juta Biji Telur Ayam Dan Itik Dihasilkan Di Pahang Setiap Hari, Antara Penyumbang Utama Bekalan Ke Negeri Lain

KUANTAN:  Sebanyak 1.36 juta biji telur ayam dan itik dihasilkan di Pahang setiap hari sekali gus meletakkan negeri itu sebagai antara penyumbang penting kepada rantaian bekalan telur negara.

Dengan pengeluaran tahunan sekitar 496 juta biji, Pahang bukan sahaja menyokong permintaan pasaran tempatan malah turut membekalkan telur ke negeri lain bagi memastikan bekalan sumber protein itu terus tersedia kepada pengguna.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang, Datuk Seri Ir. Mohd Soffi Abd Razak berkata, potensi pengeluaran itu perlu terus diperkukuh bagi memastikan industri telur negeri kekal berdaya saing.

“Pengeluaran kira-kira 496 juta biji telur setahun menunjukkan Pahang mempunyai kapasiti yang besar dalam menyumbang kepada bekalan telur negara.

“Bagaimanapun, kita perlu memastikan produktiviti terus ditingkatkan, selain membantu penternak mengurus kos operasi supaya industri ini dapat berkembang secara mampan,” katanya.

Berdasarkan Banci Pertanian, Raub muncul sebagai penyumbang terbesar dengan pengeluaran 297.8 juta biji telur setahun diikuti Pekan sebanyak 108 juta biji dan Bentong 61.3 juta biji.

Ketiga-tiga daerah itu menyumbang kira-kira 94.2 peratus daripada keseluruhan pengeluaran telur Pahang, manakala bakinya dihasilkan daerah lain.

Bekalan berkenaan disalurkan melalui pemborong, pengedar, peruncit, pasar raya dan premis makanan termasuk bagi memenuhi permintaan di luar negeri ini.

Menurut rekod Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Pahang mempunyai kira-kira tujuh ladang ayam penelur komersial dengan kapasiti sekitar 3.3 juta ekor.

Bagaimanapun, industri berkenaan tidak terkecuali daripada tekanan kos, khususnya makanan ternakan yang menjadi antara komponen utama perbelanjaan penternak.

“Kos tenaga, tenaga kerja, penyelenggaraan, biosekuriti dan logistik turut mempengaruhi kos pengeluaran serta keupayaan pengusaha mengekalkan daya saing.

“Data kos pengeluaran telur pada suku ketiga 2025 menunjukkan penurunan kepada kira-kira RM0.35 sebiji berbanding RM0.38 bagi tempoh sama tahun sebelumnya,” tambahan.

Sehubungan itu, peningkatan produktiviti ladang sedia ada, pengembangan kapasiti, pelaburan baharu serta penggunaan teknologi dan amalan pengurusan ternakan yang lebih cekap antara langkah yang boleh diberi perhatian.

Sempena Hari Telur Sedunia pada 9 Oktober, usaha memastikan bekalan mencukupi dan rantaian pemasaran cekap penting bagi mengekalkan telur sebagai sumber protein yang berkhasiat, selamat dan mampu dimiliki rakyat.

Pada masa sama, keseimbangan antara harga berpatutan kepada pengguna dengan pulangan munasabah kepada penternak perlu dipelihara bagi memastikan industri telur Pahang terus berkembang dan menyokong agenda keterjaminan makanan negara.

Hari Telur Sedunia (World Egg Day) disambut pada hari Jumaat minggu kedua bulan Oktober setiap tahun dan mula diperkenalkan sejak tahun 1995 oleh Suruhanjaya Telur Antarabangsa (International Egg Commission). #MalaysiaGazette



Demikianlah Artikel Sebanyak 1.36 Juta Biji Telur Ayam Dan Itik Dihasilkan Di Pahang Setiap Hari, Antara Penyumbang Utama Bekalan Ke Negeri Lain

Sekianlah artikel Sebanyak 1.36 Juta Biji Telur Ayam Dan Itik Dihasilkan Di Pahang Setiap Hari, Antara Penyumbang Utama Bekalan Ke Negeri Lain kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sebanyak 1.36 Juta Biji Telur Ayam Dan Itik Dihasilkan Di Pahang Setiap Hari, Antara Penyumbang Utama Bekalan Ke Negeri Lain dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/10/sebanyak-136-juta-biji-telur-ayam-dan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sebanyak 1.36 Juta Biji Telur Ayam Dan Itik Dihasilkan Di Pahang Setiap Hari, Antara Penyumbang Utama Bekalan Ke Negeri Lain"

Catat Ulasan

Loading...