Loading...

Impak Tular Berjaya Menamatkan Cabaran IRONMAN 70.3 Langkawi 2026 Pada Usia 60 Tahun, Kerajaan Pahang Sedia Bantu Ariffin

Loading...
Impak Tular Berjaya Menamatkan Cabaran IRONMAN 70.3 Langkawi 2026 Pada Usia 60 Tahun, Kerajaan Pahang Sedia Bantu Ariffin - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Impak Tular Berjaya Menamatkan Cabaran IRONMAN 70.3 Langkawi 2026 Pada Usia 60 Tahun, Kerajaan Pahang Sedia Bantu Ariffin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Impak Tular Berjaya Menamatkan Cabaran IRONMAN 70.3 Langkawi 2026 Pada Usia 60 Tahun, Kerajaan Pahang Sedia Bantu Ariffin
link : Impak Tular Berjaya Menamatkan Cabaran IRONMAN 70.3 Langkawi 2026 Pada Usia 60 Tahun, Kerajaan Pahang Sedia Bantu Ariffin

Baca juga


Impak Tular Berjaya Menamatkan Cabaran IRONMAN 70.3 Langkawi 2026 Pada Usia 60 Tahun, Kerajaan Pahang Sedia Bantu Ariffin

KUANTAN: Kejayaan Ariffin Abdul Manan, 60 menamatkan cabaran IRONMAN 70.3 Langkawi 2026 kelmarin, mendapat perhatian Kerajaan Pahang.

Justeru, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang, Datuk Fadzli Mohamad Kamal, berkata kerajaan negeri sedia membantu Ariffin dari Jerantut, dalam soal kelengkapan sukan.

"Insha-Allah, sebab kita tengok dah jadi viral (tular) IRONMAN Langkawi 2026 penyertaan Pakcik Ariffin yang bersahaja dengan kelengkapan asas.

"Kerajaan Pahang dengan persetujuan Menteri Besar (Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail) sedia bantu kelengkapan sukan supaya beliau tidak dibiarkan bersendirian dan jadi ikon kepada anak muda.

"Dalam serba kekurangan, beliau masih boleh terbabit aktif dan berjaya menghabiskan kejohanan itu," katanya pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di sini hari ini.

Fadzli berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Zuridan Mohd Daud (PAS-Damak) yang bercadang kerajaan negeri mengangkat Ariffin sebagai ikon Pahang serta memberikan insentif selepas tular di seluruh negara di atas kejayaan di IRONMAN 70.3 Langkawi 2026.

Kelmarin, Ariffin mencatat masa tujuh jam 19 minit 57 saat untuk menduduki tempat kesembilan daripada 14 peserta kategori lelaki berusia 60 hingga 64 tahun.

Dia berjaya mengharungi tiga disiplin mencabar iaitu berenang sejauh 1.9 kilometer (km), berbasikal 90km dan berlari 21.1km, membabitkan jarak keseluruhan 113km.

Sebelum ini, Ariffin yang pernah bekerja sebagai pemandu pelancong di Kuala Lumpur mula menjadikan aktiviti berlari sebagai amalan ketika berusaha berhenti merokok kira-kira 20 tahun lalu. #HarianMetro




Demikianlah Artikel Impak Tular Berjaya Menamatkan Cabaran IRONMAN 70.3 Langkawi 2026 Pada Usia 60 Tahun, Kerajaan Pahang Sedia Bantu Ariffin

Sekianlah artikel Impak Tular Berjaya Menamatkan Cabaran IRONMAN 70.3 Langkawi 2026 Pada Usia 60 Tahun, Kerajaan Pahang Sedia Bantu Ariffin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Impak Tular Berjaya Menamatkan Cabaran IRONMAN 70.3 Langkawi 2026 Pada Usia 60 Tahun, Kerajaan Pahang Sedia Bantu Ariffin dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/11/impak-tular-berjaya-menamatkan-cabaran.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Impak Tular Berjaya Menamatkan Cabaran IRONMAN 70.3 Langkawi 2026 Pada Usia 60 Tahun, Kerajaan Pahang Sedia Bantu Ariffin"

Catat Ulasan

Loading...