Loading...

Amaran China, semua jadi abu jika perang nuklear AS-Korea meletus

Loading...
Amaran China, semua jadi abu jika perang nuklear AS-Korea meletus - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Amaran China, semua jadi abu jika perang nuklear AS-Korea meletus, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Amaran China, semua jadi abu jika perang nuklear AS-Korea meletus
link : Amaran China, semua jadi abu jika perang nuklear AS-Korea meletus

Baca juga


Amaran China, semua jadi abu jika perang nuklear AS-Korea meletus


BEIJING: China memperingatkan Amerika Syarikat (AS) jangan memperkecil serta mengabaikan konfliknya dengan Korea Utara, kerana jika konflik bertukar menjadi perang, tiada sesiapa pun akan menang.

Menteri Luar Wang Yi khuatir ke atas kemajuan dan pengembangan senjata nuklear Korea Utara.

Sementara, AS menggerakkan armada Angkatan Lautnya ke Semenanjung Korea.

China, penyokong Korea Utara, khuatir jika rejim Korea Utara jatuh ketika ini, akan berlaku masalah serius di sempadan.

Wang mengatakan beliau merasakan konflik dapat pecah bila-bila masa sahaja menjadi perang nuklear jika tidak ditangani dengan baik.

China meminta semua pihak bersabar dan menahan diri daripada tindakan memprovokasi dan mengancam antara satu sama lain.

Pada Khamis lepas, Presiden AS Donald Trump mengatakan “masalah di Korea Utara diuruskan”.

Trump dalam nada mengancam berkata, jika China memutuskan membantu, itu bagus sekali, “jika tidak, kami akan menyelesaikan masalah tanpa mereka!”

Sementara, tidak mahu mengalah, agensi berita KCNA milik Korea Utara melaporkan kenyataan tentera bahawa, “usaha melawan AS dan sekutunya dilakukan dengan sikap tanpa ampun, tidak membiarkan penyerang bertahan.”

AS sengaja menunjuk belangnya kepada Korea Utara dengan mengebom pangkalan udara di Homs Syria atas alasan Syria menggunakan senjata kimia ke atas penentangnya di Idlib.

Manakala, AS turut menjatuhkan “induk segala bom” ke atas markas ISIS di Afghanistan.

Parade truk militer melewati jalanan Pyongyang sehari sebelum Hari Matahari (Foto: Damir Sagolj/Reuters)

Korea Utara baru sahaja meraikan ulang tahun kelahiran pengasas negara komunis itu, Kim Il-sung (datuk) ke-105 yang bergelar Putera Matahari dan Kim Jong-il (ayah) kepada pemimpin tertinggi Kim Jong-un di hadapan patung mereka di Pyongyang, Jumaat semalam.

Ratusan trak tentera mengangkut warga Korea Utara memenuhi jalan raya sambil memperingati AS agar mengakhiri “histeria tentera” atau sedia menghadapi risiko serangan balasan Korea Utara.

Menurut Reuters pada Sabtu yang memetik KCNA, jurucakap staf Umum Tentera Rakyat Korea menurut KCNA berkata, semua retorik provokatif AS memusuhi Korea Utara akan digagalkan oleh rakyat dan tentera Korea Utara.

Korea Utara, mengejek tindakan AS menghantar kapal induk bertenaga nuklear USS Carl Vinson ke Asia Timur.

Ia berkata pihaknya tidak takut dengan sebarang ancaman apapun dari AS. – Sarawakvoice


Demikianlah Artikel Amaran China, semua jadi abu jika perang nuklear AS-Korea meletus

Sekianlah artikel Amaran China, semua jadi abu jika perang nuklear AS-Korea meletus kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Amaran China, semua jadi abu jika perang nuklear AS-Korea meletus dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/amaran-china-semua-jadi-abu-jika-perang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Amaran China, semua jadi abu jika perang nuklear AS-Korea meletus"

Catat Ulasan

Loading...