Loading...
Judul : Kurang Asam Media Turki MALUKAN Najib & Rosmah
link : Kurang Asam Media Turki MALUKAN Najib & Rosmah
Kurang Asam Media Turki MALUKAN Najib & Rosmah
Siri : 810
NAJIB RAZAK & ISTERI DIMALUKAN LAGI OLEH SURATKHABAR TURKI - DI MANAKAH MARUAH MALAYSIA ?? !!
Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalaamualaikum dan Salaam sejahtera :
AsSalaamualaikum dan Salaam sejahtera :
1. Suratkhabar TURKI pula yang membuat Laporan "konon"nya NAJB RAZAK dan isteri BOROS BELANJA wang Kerajaan Malaysia. Laporan suratkhabar TURKI berkenaan (yang dipercayai mulai dicetak pada 31.03.2016 oleh HURRIYET.COM), di bawah tajuk "DEVLET PARASINI LUKSE HARCADILAR", itu adalah diterjemahkan oleh GOOGLE, Turkey - English Dictionary sebagai bermaksud : "Government money spent on lukas (luxuries)" !!!
(Poster keratan suratkhabar Turki : Gambar Atas)
(Screenshot GOOGLE, Turkey - English Dictionary : Gambar Bawah)
(Screenshot GOOGLE, Turkey - English Dictionary : Gambar Bawah)
2. Sekiranyalah, apa yang dilaporkan oleh suratkhabar TURKI itu TIDAK BENAR, malahan PALSU, maka ianya mengakibatkan untuk menjatuhkan martabat dan maruah PERDANA MENTERI MALAYSIA, dan secara sekaligus kesemua RAKYAT MALAYSIA, kerana sebagai RAKYAT sebuah negara berDAULAT dan berMARUAH, tidak ada sesiapa dari mana-mana negara luar sekalipun yang berhak untuk FITNAH akan PEMIMPIN "NUMERO UNO" negara kita !!!
3. Justeru, ada dua (2) LANGKAH PENTING yang perlu diambil oleh NAJIB RAZAK, bukan sahaja untuk dirinya secara peribadi, tetapi yang lebih penting adalah untuk MARUAH dan MARTABAT kesemua RAKYAT MALAYSIA, iaitu :
(a)(i) Menghantar SURAT BANTAHAN RASMI Kerajaan MALAYSIA melalui Wisma Putra kepada Kerajaan TURKI, melalui Kedutaan TURKI !!, yang sememangnya wujud di ibukota, Kuala Lumpur iaitu di :
Embassy Of The Republic Of Turkey
No. 118, Jalan U Thant, Taman U Thant, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
No. 118, Jalan U Thant, Taman U Thant, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
(Alamat adalah seperti diperolehi menggunakan khidmat 'Google')
(Screenshot GOOGLE, alamat Kedutaan Turki : Gambar Bawah)
(Screenshot GOOGLE, alamat Kedutaan Turki : Gambar Bawah)
(a)(ii) Sekiranya, pihak Kerajaan TURKI, melalui Kedutaan TURKI tidak memohon maaf kepada MALAYSIA maka Kerajaan MALAYSIA hendaklah mengisytiharkan "DUTA TURKI" sebagai "PERSONA NAN GRATIA" seperti yang dilakukan terhadap DUTA KOREA UTARA berhubung KES KEMATIAN KIM JONG-NAM @ KIM CHOL DI KLIA 2 tempohari !!,
DAN
(b)(i) Memfailkan TINDAKAN SAMAN FITNAH terhadap penulis, penerbit dan pencetak Laporan berjudul "DEVLET PARASINI LUKSE HARCADILAR" itu di MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR, MALAYSIA !!, dan bukannya di negara TURKI, pada hari SELASA minggu akan datang, iaitu 18.04.2017, yakni sempena meraikan minggu ke-94 sejak NAJIB RAZAK mungkiri AKUJANJInya untuk SAMAN FITNAH pihak WALL STREET JOURNAL (WSJ), pada 05.07.2015, iaitu 94 SELASA yang lalu !!
(Link Laporan Akujanji : http://ift.tt/1cU3FTP…/beri…/2015/07/05/najib-fail-saman/)
(b)(ii) Sebagai NASIHAT GUAMAN PRO-BONO, saya perlu nyatakan di sini, bahawa undang-undang FITNAH, membenarkan NAJIB RAZAK untuk memfailkan SAMAN FITNAH terhadap pihak suratkhabar TURKI itu di MALAYSIA, dan bukannya di TURKI, kerana percetakannya telah sampai dan masuk serta boleh diakses di MALAYSIA, dan oleh itu, menyebabkan efek kepada MARUAH dan MARTABAT NAJIB RAZAK itu berlaku di dalam bidangkuasa MALAYSIA juga !! Semestinyalah, nasihat lanjut berhubung prosedur perolehan kebenaran untuk mengeluarkan Writ Saman di luar bidangkuasa, serta prosedur perolehan kebenaran untuk menyerahkan Saman di luar bidangkuasa boleh NAJiB RAZAK perolehi dari saya, jika perlu, tetapi di atas bayaran RM 2.6 bilion sahaja (dibayar kepada penerima - RAKYAT MALAYSIA) !!
3. Namun, sekiranyalah NAJIB RAZAK dan Kerajaan NAJIB RAZAK tidak melaksanakan kedua-dua pilihan di atas, maka kemungkinan ada juga kebenaran dalam kata-kata yang muncul di dalam Poster pada Ruang Bawah, iaitu :
" Kabinet mestilah yang kayu dan mangkuk mestilah yang duduk di atas" !!!
Wallahu A'alam !!!
BERANI KERANA BENAR !!!
DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!!
(Kredit Poster Ruang Bawah Kanan : Nasyuha Fadzly)
oleh: Haniff Khatri
Demikianlah Artikel Kurang Asam Media Turki MALUKAN Najib & Rosmah
Sekianlah artikel Kurang Asam Media Turki MALUKAN Najib & Rosmah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kurang Asam Media Turki MALUKAN Najib & Rosmah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/kurang-asam-media-turki-malukan-najib.html
0 Response to "Kurang Asam Media Turki MALUKAN Najib & Rosmah"
Catat Ulasan