Loading...

Pemain nampak cukup bersemangat - Rajagopal

Loading...
Pemain nampak cukup bersemangat - Rajagopal - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemain nampak cukup bersemangat - Rajagopal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemain nampak cukup bersemangat - Rajagopal
link : Pemain nampak cukup bersemangat - Rajagopal

Baca juga


Pemain nampak cukup bersemangat - Rajagopal



ARKIB : 28/01/2004
BARISAN pelatih skuad bola sepak kebangsaan menunjukkan semangat yang tinggi dan bersungguh-sungguh semasa latihan untuk memburu tempat dalam skuad negara yang bakal menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia yang bermula bulan depan, lapor johari shawal.

``Mereka berlari macam singa,'' kata jurulatih sementara negara, K. Rajagopal.

``Mereka berlatih penuh semangat dan bersungguh-sungguh, pasti untuk mendapatkan tempat dalam pasukan,'' tambahnya.

Ketika ini sebanyak 29 pemain adunan muka lama dan baru menjalani latihan fasa kedua di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bermula kelmarin.

Daripada jumlah itu, Rajagopal akan memilih 20 pemain untuk dibawa ke Jepun bagi perlawanan persahabatan pada 7 Februari ini.

Jepun mengundang Malaysia untuk aksi persahabatan itu juga sebagai antara persiapan mereka untuk kelayakan Piala Dunia.

``Skuad akan berlepas ke Jepun pada 5 Februari ini dan senarai 20 pemain akan diumumkan sebelum itu,'' kata Rajagopal.

Malaysia diletakkan dalam kumpulan 4 kelayakan Asia bersama Hong Kong, Kuwait dan China. Jepun pula dalam kumpulan 3 bersama Oman, India dan Singapura.

Skuad negara akan memulakan aksi kelayakan menentang Hong Kong pada 18 Februari ini sebelum bertemu Kuwait pada 31 Mac.

Mereka kemudian akan menentang China, pasukan yang mara ke pusingan akhir Piala Dunia 2002, pada 9 Jun.

Perlawanan timbal balik pula akan bermula 18 September dengan Malaysia menentang China, bertemu Hong Kong (13 Oktober) dan Kuwait (17 November).

Dalam latihan semalam, Rajagopal hanya melakukan latihan ringan dan mencari kesesuaian antara pemain.

``Dalam keadaan kesuntukan masa seperti ini, saya berharap barisan pelatih mampu menunjukkan prestasi permainan yang terbaik,'' katanya.

Sebelum berlepas ke Jepun, skuad negara akan mengadakan perlawanan persahabatan termasuk menentang Sabah di Wisma FAM, hari ini.

``Saya harap perlawanan ini dapat memberikan gambaran kepada saya tentang pemain yang boleh diserapkan dalam pasukan utama,'' katanya.

Barisan skuad kelayakan Piala Dunia ini adalah adunan muka lama dan baru dengan beberapa pemain yang pernah mewakili negara dalam tempoh tiga hingga lima tahun lalu, kembali dipanggil untuk latihan.

Antaranya ketua pasukan Perak, Ahmad Shahrul Azhar, penyerang Pahang, Azizul Kamaluddin, pemain pertahanan MPPJ, Faizal Zainal, B. Rajinikandh, Anuar Jusoh (Negeri Sembilan) dan K. Sanbagamaran (Sabah).

Pemain kebangsaan yang terus berada dalam pasukan antaranya ialah penyerang, Mohd. Nizaruddin Yusof, Hairuddin Omar, Tengku Hazman Raja Hassan dan Shukor Adan.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2oqjXUq
© Utusan Melayu (M) BhdS


Demikianlah Artikel Pemain nampak cukup bersemangat - Rajagopal

Sekianlah artikel Pemain nampak cukup bersemangat - Rajagopal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemain nampak cukup bersemangat - Rajagopal dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/pemain-nampak-cukup-bersemangat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pemain nampak cukup bersemangat - Rajagopal"

Catat Ulasan

Loading...