Loading...

“Saya Tak Tiru Bieber” – Ismail Izzani

Loading...
“Saya Tak Tiru Bieber” – Ismail Izzani - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Saya Tak Tiru Bieber” – Ismail Izzani, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Saya Tak Tiru Bieber” – Ismail Izzani
link : “Saya Tak Tiru Bieber” – Ismail Izzani

Baca juga


“Saya Tak Tiru Bieber” – Ismail Izzani

Walaupun berbangga dikaitkan mempunyai persamaan dengan Justin Bieber, penyanyi baharu, Ismail Izzani bagaimanapun memberitahu dia mempunyai identiti tersendiri berbanding bakat antarabangsa berkenaan.

Malah menurut bintang kelahiran YouTube itu, dia juga tidak meniru gaya suara Bieber semata-mata mahu menempa populariti dalam masa singkat.

“Sejujurnya saya tak kisah dan tetap berbangga dengan komen pendengar yang kata suara kami sama walaupun sebenarnya saya dan dia memiliki ton suara yang berbeza.

“Daripada sudut positif, saya jadikan Justin Bieber sebagai inspirasi dan melihat bagaimana dia begitu bersemangat membina nama dalam industri ketika awal pembabitannya.

“Kami juga lahir daripada medium yang sama iaitu laman YouTube, jadi tidak salah saya menjadikan dia sebagai contoh dalam karier saya,” katanya
.
Nama penyanyi berusia 17 tahun ini mula menjadi fenomena selepas single pertama berjudul Sabar hasil ciptaannya sendiri bersama Omar K, Adib Hamdi dan Zyn semakin meniti di bibir pendengar.
Sehingga kini muzik video lagu berkenaan ditonton lebih empat juta kali selepas dimuat naik di laman YouTube pada Februari lalu.

Berbicara mengenai kejayaan mendadak itu, Ismail atau nama penuhnya Ismail Izzani Zainal Nazeri berkata dia terharu dengan sambutan yang diberikan.

“Saya tak sangka lagu tersebut mendapat perhatian ramai.

“Ini tahun pertama saya bermula secara serius dalam bidang nyanyian dan apabila lihat reaksi pendengar serta sokongan orang ramai, ia membuatkan saya lebih teruja untuk menghasilkan single baharu selepas ini,” katanya.

Dalam pada itu penyanyi yang berasal dari Ampang ini memberitahu dia bakal menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini.

Ujarnya kesibukan dalam bidang nyanyian tidak membataskannya untuk belajar, tambahan pula dia memilih untuk mengikuti kelas secara peribadi di rumah.

“Walaupun perlu membahagikan masa antara pelajaran dan nyanyian, ia tidak sesekali menghalang saya untuk meneruskan minat ini.

“Mujurlah saya ambil kelas secara peribadi di rumah. Jadi waktu saya juga tidak terganggu jika perlu memenuhi undangan nyanyian,” ujarnya.

The post “Saya Tak Tiru Bieber” – Ismail Izzani appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2p1QONS

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



Demikianlah Artikel “Saya Tak Tiru Bieber” – Ismail Izzani

Sekianlah artikel “Saya Tak Tiru Bieber” – Ismail Izzani kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Saya Tak Tiru Bieber” – Ismail Izzani dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/saya-tak-tiru-bieber-ismail-izzani.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "“Saya Tak Tiru Bieber” – Ismail Izzani"

Catat Ulasan

Loading...