Loading...

Polis Paksa 20 Mat Rempit Tolak Motosikal 3KM

Loading...
Polis Paksa 20 Mat Rempit Tolak Motosikal 3KM - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Paksa 20 Mat Rempit Tolak Motosikal 3KM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Paksa 20 Mat Rempit Tolak Motosikal 3KM
link : Polis Paksa 20 Mat Rempit Tolak Motosikal 3KM

Baca juga


Polis Paksa 20 Mat Rempit Tolak Motosikal 3KM

KUALA TERENGGANU – Cari pasal! Dua puluh remaja terpaksa menolak motosikal mereka sejauh tiga kilometer selepas dicekup polis berlumba haram di Bandar Paka di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata remaja berusia dalam lingkungan 14 hingga 18 tahun itu ditahan ketika leka melakukan pelbagai aksi berbahaya di sepanjang Jalan Santong – Bandar Al Mukhtafi Bilah Shah semasa kebanyakan umat Islam menunaikan solat Tarawih.

Katanya kumpulan itu ditahan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun kerana menjadikan laluan itu sebagai litar lumba sekaligus menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penduduk setempat.

“Operasi yang bermula pada jam 10 hingga 12 malam itu adalah berdasarkan pada aduan orang ramai.

“Sebelum tangkapan dilakukan, pihak polis turut melakukan intipan bagi mengenal pasti laluan utama yang digunakan mereka untuk berlumba,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata polis menyita lapan buah motosikal dan mengeluarkan 42 saman kepada kesemua remaja terbabit atas pelbagai kesalahan berkaitan trafik.

Antara kesalahan mereka ialah tidak memakai topi keledar, cukai jalan tamat tempoh dan tiada lesen memandu.

Ahmad Zailani turut mengingatkan ibu bapa mengambil tahu pergerakan anak-anak mereka supaya tidak terjebak dalam aktiviti lumba haram dalam usaha mengekang gejala itu.

“Ibu bapa boleh dikenakan tindakan kerana membenarkan anak mereka yang di bawah umur menunggang motosikal tanpa lesen,” katanya. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qIf9YS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Polis Paksa 20 Mat Rempit Tolak Motosikal 3KM

Sekianlah artikel Polis Paksa 20 Mat Rempit Tolak Motosikal 3KM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis Paksa 20 Mat Rempit Tolak Motosikal 3KM dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/polis-paksa-20-mat-rempit-tolak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Polis Paksa 20 Mat Rempit Tolak Motosikal 3KM"

Catat Ulasan

Loading...