Judul : AZALINA: TAK SETUJU BOLEH PERGI MAHKAMAH
link : AZALINA: TAK SETUJU BOLEH PERGI MAHKAMAH
AZALINA: TAK SETUJU BOLEH PERGI MAHKAMAH
Pihak yang merasakan lanjutan perkhidmatan Tan Sri Md Raus Sharif sebagai ketua hakim negara bertentangan perlembagaan boleh membawa perkara itu ke mahkamah.
Perkara itu ditegaskan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini.
Dalam kenyataan, Azalina berhujah pelantikan hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan bukan perkara baru kerana pernah dibuat pada tahun 2016 dan 1965.
Tahun lalu ,katanya, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Hwa dilantik semula untuk dua tahun dan begitu juga pada 1965 yang melibatkan bekas hakim Tan Sri S Chelvasingan Macintyre.
“Perlembagaan Persekutuan juga tidak menghalang untuk mana-mana hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan yang dilantik untuk terus menyandang sesuatu jawatan,” katanya.
Badan Peguam Malaysia pada 8 Julai mengumumkan akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) untuk membincangkan pelantikan dua jawatan tertinggi kehakiman yang dianggap mereka “terang-terangan menyalahi perlembagaan”.
Ia membabitkan pelantikan Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai hakim tambahan.
Md Raus dan Zulkefli berdepan persaraan wajib mengikut perlembagaan akhir tahun ini iaitu pada usia 66 tahun enam bulan.
Bagaimanapun Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan membenarkan pelantikan hakim tambahan yang tidak dikekang oleh batasan usia, dan atas cadangan ketua hakim negara.
Sementara itu, Azlina juga berharap semua pihak berhenti mempolemikkan itu itu dan membenarkan mereka terus “memartabatkan badan kehakiman negara”.
Menteri juga berharap lantikan itu dihormati kerana telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.
– M’kini
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tI5KD9
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel AZALINA: TAK SETUJU BOLEH PERGI MAHKAMAH
Anda sekarang membaca artikel AZALINA: TAK SETUJU BOLEH PERGI MAHKAMAH dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/azalina-tak-setuju-boleh-pergi-mahkamah.html
0 Response to "AZALINA: TAK SETUJU BOLEH PERGI MAHKAMAH"
Catat Ulasan