Loading...
Judul : Perintah Berkurung Esszone Dilanjut Hingga 25 Julai
link : Perintah Berkurung Esszone Dilanjut Hingga 25 Julai
Perintah Berkurung Esszone Dilanjut Hingga 25 Julai
KOTA KINABALU – Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir hari ini dilanjutkan hingga 25 Julai ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata perintah berkurung itu meliputi kawasan perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran dengan semua penduduk di kawasan terlibat harus berada di dalam rumah dan tidak dibenarkan memasuki kawasan berkenaan antara 6 petang hingga 6 pagi.
“Perintah berkurung diteruskan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan serta pelancong yang melawat pulau-pulau peranginan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata berdasarkan siasatan, kumpulan militan Abu Sayyaf dan mereka yang menjalankan kegiatan menculik bagi mendapatkan wang tebusan dari selatan Filipina, masih cuba menceroboh untuk melakukan penculikan dan jenayah rentas sempadan.
Ramli berkata perintah berkurung itu diteruskan bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan serta yang berada di kawasan daratan ESSZone.
Perintah berkurung itu juga memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran kapal pasukan keselamatan di sekitar kawasan mereka, katanya.
“Saya juga memberi kuasa kepada semua ketua polis daerah terlibat untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon yang memenuhi syarat bagi tujuan aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak melalui kawasan perintah berkurung,” katanya. – BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tusJ5T
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Perintah Berkurung Esszone Dilanjut Hingga 25 Julai
Sekianlah artikel Perintah Berkurung Esszone Dilanjut Hingga 25 Julai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Perintah Berkurung Esszone Dilanjut Hingga 25 Julai dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/perintah-berkurung-esszone-dilanjut.html
0 Response to "Perintah Berkurung Esszone Dilanjut Hingga 25 Julai"
Catat Ulasan