Loading...

Tindakan ROS Berdasarkan Perlembagaan DAP Sendiri

Loading...
Tindakan ROS Berdasarkan Perlembagaan DAP Sendiri - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tindakan ROS Berdasarkan Perlembagaan DAP Sendiri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tindakan ROS Berdasarkan Perlembagaan DAP Sendiri
link : Tindakan ROS Berdasarkan Perlembagaan DAP Sendiri

Baca juga


Tindakan ROS Berdasarkan Perlembagaan DAP Sendiri



BAGAN DATUK: Tindakan Pendaftar Pertubuhan (ROS) semalam yang mengarahkan pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP adalah profesional dan berdasarkan undang-undang, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan ROS itu adalah berdasarkan peraturan mesyuarat agung yang digubal oleh DAP serta berasaskan perlembagaan parti itu sendiri.

"Saya ingin memberi reaksi terhadap kenyataan beberapa pemimpin DAP bahawa parti itu akan dibatalkan.

"Saya sudah sampaikan surat daripada Setiausaha Agung DAP (Lim Guan Eng) kepada Ketua Pengarah ROS (Datuk Mohamad Razin Abdullah) dan kajian mendalam sudah dilakukan terhadap surat berkenaan dan keputusan DAP mengadakan mesyuarat CEC tergempar hari ini adalah reaksi daripada surat ROS semalam," katanya.

Bercakap pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bagan Datuk di sini hari ini, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, kenyataan dikeluarkan ROS semalam adalah penjelasan terhadap kenyataan yang dibuat pemimpin DAP sebelum ini.

Beliau sudah mengarahkan ROS bertindak profesional dan jangan menggunakan emosi atau mana-mana pemikiran di luar ruang lingkup perlembagaan DAP dan Akta Pertubuhan 1966.

Katanya, keputusan ROS itu kerana terdapat beberapa klausa dan peraturan yang tidak diikuti pada pemilihan kedua CEC DAP pada 29 September 2013.

Ditanya sama ada terdapat tempoh tertentu untuk DAP mematuhi arahan itu, Ahmad Zahid berkata:

"Tiada tempoh tertentu selagi sesuatu kes itu tidak diselesaikan, maka tindakan ROS berdasarkan ruang lingkup kepemimpinan dan undang-undang yang meliputi sesebuah pertubuhan itu sendiri.

"Mereka berhak untuk mengatakan kononnya DAP akan diharamkan, tetapi saya menyatakan tindakan ROS atas nasihat saya mesti profesional, tindakan profesional itu sudah dilakukan," katanya.


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uXoxK5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel Tindakan ROS Berdasarkan Perlembagaan DAP Sendiri

Sekianlah artikel Tindakan ROS Berdasarkan Perlembagaan DAP Sendiri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tindakan ROS Berdasarkan Perlembagaan DAP Sendiri dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/tindakan-ros-berdasarkan-perlembagaan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tindakan ROS Berdasarkan Perlembagaan DAP Sendiri"

Catat Ulasan

Loading...