Loading...

Tun Mahathir: Keputusan Batal Projek HSR Adalah Muktamad

Loading...
Tun Mahathir: Keputusan Batal Projek HSR Adalah Muktamad - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tun Mahathir: Keputusan Batal Projek HSR Adalah Muktamad, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tun Mahathir: Keputusan Batal Projek HSR Adalah Muktamad
link : Tun Mahathir: Keputusan Batal Projek HSR Adalah Muktamad

Baca juga


Tun Mahathir: Keputusan Batal Projek HSR Adalah Muktamad


PETALING JAYA: Malaysia telah membuat keputusan muktamad untuk membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura dan berkemungkinan perlu membayar pampasan sebanyak RM500 juta, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Ia adalah keputusan muktamad tetapi ia akan memakan masa berikutan kita mempunyai perjanjian dengan Singapura.

"Ia tidak memberi manfaat kepada Malaysia kerana ia akan membabitkan kos yang amat besar dan kita tidak akan meraih keuntungan daripadanya disebabkan ia landasan yang pendek," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di sini hari ini.

Mahathir berkata Malaysia akan membincangkan perkara tersebut dengan Singapura tidak lama lagi dengan hasrat untuk mengendalikan pembatalan projek itu dengan "kos yang rendah".

Turut hadir Presiden PPBM yang juga Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden PPBM yang juga Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dan Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Projek HSR, yang membabitkan laluan sepanjang 335 kilometer akan dibina di Malaysia, melibatkan empat negeri untuk menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura. Ia dijadualkan siap pada 2026. #sumber


Demikianlah Artikel Tun Mahathir: Keputusan Batal Projek HSR Adalah Muktamad

Sekianlah artikel Tun Mahathir: Keputusan Batal Projek HSR Adalah Muktamad kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tun Mahathir: Keputusan Batal Projek HSR Adalah Muktamad dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/05/tun-mahathir-keputusan-batal-projek-hsr.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tun Mahathir: Keputusan Batal Projek HSR Adalah Muktamad"

Catat Ulasan

Loading...