Loading...

Pahang Kuatkuasakan Undang-Undang Kutip Tunggakan Hasil

Loading...
Pahang Kuatkuasakan Undang-Undang Kutip Tunggakan Hasil - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pahang Kuatkuasakan Undang-Undang Kutip Tunggakan Hasil, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pahang Kuatkuasakan Undang-Undang Kutip Tunggakan Hasil
link : Pahang Kuatkuasakan Undang-Undang Kutip Tunggakan Hasil

Baca juga


Pahang Kuatkuasakan Undang-Undang Kutip Tunggakan Hasil


KUANTAN: Kerajaan Pahang menguatkuasakan serta merta undang-undang bagi mengutip tunggakan hasil seperti cukai tanah serta taksiran, sewa perumahan kos rendah dan royalti mineral berjumlah RM151 juta yang tertunggak sejak 48 tahun lalu.

Menerusi langkah itu, kerajaan negeri boleh merampas tanah dan rumah sewa kos rendah terbabit sekiranya pemiliknya gagal membayar tunggakan mereka dalam tempoh tiga hingga enam bulan selepas menerima notis.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail, berkata keputusan menguatkuasakan undang-undang berkenaan adalah bagi membolehkan pihaknya mengutip tunggakan hasil dan mengelakkan jumlahnya meningkat pada masa depan.

Katanya, bagi cukai tanah jumlah yang tertunggak adalah RM63.4 juta manakala tunggakan sewa perumahan awam kos rendah berjumlah RM9.7 juta, tunggakan cukai taksiran am atau cukai pintu (RM50 juta) dan royalti bahan mineral (RM28.4 juta)

"Bagi cukai tanah, jumlah paling tinggi direkodkan di Kuantan dengan RM33 juta dan paling rendah di Cameron Highlands dengan RM559,596, kita akan mengeluarkan notis tuntutan dalam Borang 6A berdasarkan Seksyen 97 Kanun Tanah Negara.

"Kita seterusnya akan mengeluarkan Notis 8A kepada pemilik terbabit bagi tujuan perampasan, prosesnya mungkin mengambil masa antara tiga hingga enam bulan.

"Mengikut senarai sebanyak 141 syarikat mempunyai tunggakan lebih RM10,000 membabitkan hasil keseluruhan berjumlah RM22.6 juta dan 361 geran tanah, paling banyak di Kuantan dengan 42 syarikat," katanya pada sidang media di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Muhammad Safian berkata, pihaknya juga akan mengambil semula rumah daripada pemilik yang mempunyai tunggakan sewa perumahan awam kos rendah dan satu notis khas turut diberikan kepada mereka terbabit.

"Difahamkan ada pemilik rumah tidak membayar sewa rumah selama empat tahun, kita akan turun padang dengan melihat sendiri keadaannya. Kalau ada rumah cantik dan tidak kelihatan seperti rumah kos rendah maka kita akan minta terus tunggakan dibayar.r

"Bagi rumah yang biasa, kita akan berunding dengan pemiliknya untuk mencari kaedah bersesuaian supaya mereka dapat menjelaskan tunggakan sewa," katanya.

Berhubung tunggakan cukai pintu, Muhammad Safian berkata, ada individu yang dikesan gagal membayarnya sejak tahun 1970 iaitu 48 tahun lalu dan ia memberi kesan kepada hasil utama kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Katanya, pihaknya akan mempergiatkan usaha untuk orang ramai membayar tunggakan masing-masing dengan memudahkan pembayaran seperti boleh membayar secara dalam talian, menurunkan kuasa kepada pentadbir tanah dan menyediakan kutipan di luar seperti di kampung atau taman.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya juga akan berunding dengan pemilik tenemen mineral untuk mengenal pasti keadah bersesuaian bagi menjelaskan royalti bahan mineral yang kini mencecah RM28.4 juta.

"Kita akan menghantar notis tuntutan tunggakan (Borang 11C) berdasarkan Seksyen 98 Enakmen Mineral 2001, sekiranya pemiliknya gagal menjelaskannya, lesen dan pajakan boleh dibatalkan atau dilucutkan hak," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Pahang Kuatkuasakan Undang-Undang Kutip Tunggakan Hasil

Sekianlah artikel Pahang Kuatkuasakan Undang-Undang Kutip Tunggakan Hasil kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pahang Kuatkuasakan Undang-Undang Kutip Tunggakan Hasil dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/pahang-kuatkuasakan-undang-undang-kutip.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pahang Kuatkuasakan Undang-Undang Kutip Tunggakan Hasil"

Catat Ulasan

Loading...