Loading...
Judul : PEKA Giatkan Program Kebajikan, Kenal Pasti Isu Warga Asing !
link : PEKA Giatkan Program Kebajikan, Kenal Pasti Isu Warga Asing !
PEKA Giatkan Program Kebajikan, Kenal Pasti Isu Warga Asing !
KUALA LUMPUR: Pihak kerajaan seperti Kementerian Sumber Manusia yang berfungsi sebagai pengeluar utama tenaga mahir negara bagi memenuhi permintaan industri, Kementerian Dalam Negeri yang bertanggung-jawab dalam memelihara, mengekal dan meningkatkan keselamatan dan ketenteraman awam serta Jabatan Imigresen yang bertanggungjawab terhadap dasar dan peraturan kemasukan orang asing perlulah peka dengan tugas masing-masing agar Negara tidak terus 'dikerumuni' oleh warga asing.
Lambakan pekerja asing yang gagal dibendung adalah ekoran permintaan tinggi tenaga kerja dalam pelbagai sektor dinegara kita serta sikap majikan yang suka mengambil pekerja warga asing termasuk Pendatang Tanpa Izin (PATI) bagi menjimatkan kos.
Jabatan Imigresen menyasarkan Malaysia bebas daripada pendatang asing tanpa izin menjelang tahun 2020. Persoalannya dengan lambakan kebanjiran pekerja asing yang sebegitu besar, mampukah negara mencapainya?
Presiden Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (PEKA) Datuk Paduka Zuhairi Ab Kadir berkata, adakah Malaysia memerlukan jumlah tenaga asing yang sebegitu ramai? Di beberapa tempat terutamanya di Lembah Klang, jumlah pekerja asing lebih ramai daripada penduduk setempat sehingga ada yang mewujudkan koloni masing-masing yang menimbulkan keresahan rakyat.
Katanya lagi, dalam hal ini, bagi membantu kerajaan menganggarkan jumlah warga asing yang berada di sesebuah tempat disamping mengenalpasti masalah yang dihadapi mereka (warga asing), PEKA telah melancarkan Program Kebajikan Semaian Kasih membabitkan warga asing yang berada di negara ini.
"Prorgam ini turut dilakukan menggunakan borang soal selidik yang diedarkan untuk mendapatkan perincian. Dokumen ini nanti akan diserah kepada kerajaan untuk dianalisis dalam mencari kaedah penyelesaian terbaik terhadap isu warga asing.
Menurut beliau (Zuhairi), pengumpulan data melalui Program Semaian Kasih yang dijalankan PEKA dan soal selidik mengenai masalah mereka tersebut bertujuan mendapatkan anggaran jumlah mereka di negara ini sama ada memiliki dokumen pekerjaan atau perjalanan secara sah, kosong, tanpa majikan, ditipu sewaktu dijanjikan pekerjaan ketika masuk ke negara ini, telah berkahwin dengan rakyat Malaysia, atau pemegang status dokumen diragui.
"Kesemua maklumat ini akan diserahkan terutama kepada Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen dalam menyediakan kaedah pemantauan secara menyeluruh.
"Majoriti warga asing memasuki negara tanpa dokumen perjalanan yang sah. Bahkan ada di antara mereka merupakan kanak-kanak diragui status, warga emas selain golongan kurang upaya. Ujarnya.
Setakat ini, data merangkumi maklumat peribadi, negara asal, pekerjaan, dan maklumat keluarga warga asing dikumpulkan sewaktu program dijalankan PEKA.
Beliau berkata lagi, Proses pendataan ini melibatkan warga asing secara menyeluruh, sama ada yang berdaftar secara sah, tanpa majikan atau memegang status diragui dan terpencil. Program ini dijalankan menerusi sukarelawan yang dilantik dan akan dipantau oleh Biro Kebajikan dan Keselamatan Sosial PEKA. "Katanya ketika ditemui pemberita disini.
"PEKA akan membantu sedaya upaya dan bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk meneruskan usaha murni ini dalam memartabatkan kedaulatan Negara. Data-data yang dikumpulkan ini sebenarnya amat berharga dan memudahkan kerajaan dan tidak seharusnya disia-siakan oleh pihak kerajaan yang sememangya sudah kelihatan buntu dalam menangani lambakan warga asing ini, "akhirinya. #PDO
Demikianlah Artikel PEKA Giatkan Program Kebajikan, Kenal Pasti Isu Warga Asing !
Sekianlah artikel PEKA Giatkan Program Kebajikan, Kenal Pasti Isu Warga Asing ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PEKA Giatkan Program Kebajikan, Kenal Pasti Isu Warga Asing ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/peka-giatkan-program-kebajikan-kenal.html
0 Response to "PEKA Giatkan Program Kebajikan, Kenal Pasti Isu Warga Asing !"
Catat Ulasan