Loading...

Perwakilan 'Kecewa' Ucapan Ketua UMNO Bahagian Rompin !

Loading...
Perwakilan 'Kecewa' Ucapan Ketua UMNO Bahagian Rompin ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perwakilan 'Kecewa' Ucapan Ketua UMNO Bahagian Rompin !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perwakilan 'Kecewa' Ucapan Ketua UMNO Bahagian Rompin !
link : Perwakilan 'Kecewa' Ucapan Ketua UMNO Bahagian Rompin !

Baca juga


Perwakilan 'Kecewa' Ucapan Ketua UMNO Bahagian Rompin !


KUALA ROMPIN - Belum seminggu selesai Pemilihan UMNO Bahagian Rompin, masih ada ‘cakap-cakap’ di kalangan perwakilan yang kecewa dengan ucapan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Hasan Arifin.

Ahli Parlimen Rompin itu difahamkan menyampaikan ucapan yang menjurus kepada dirinya, bukan hala tuju parti.

Bekas AJK UMNO Bahagian Rompin, Datuk Abdul Khalib Abdullah, berkata, ucapan perasmian mesyuarat Sabtu lalu itu sepatutnya terarah kepada menaikkan semangat ahli parti.

Menurutnya, ketika parti sedang dalam keadaan terumbang-ambing, ucapan berbentuk hala tuju serta visi parti amat penting.

“Namun saya kecewa kerana apa yang disampaikan dalam ucapan hanya menjurus kepada dendam sesama dalaman parti.

“Selain itu, ia juga lebih terarah kepada diri sendiri dengan menyatakan apa yang dia telah buat selama ini,” katanya ketika ditemui,

Abdul Khalib berkata, ini adalah waktu untuk memulihkan parti dan mesyuarat bahagian adalah masa paling sesuai untuk menyeru supaya ahli bersatu.

Bagaimana pun, beliau memberitahu ramai ahli atau perwakilan yang kecewa sedangkan jumlah kehadiran yang ramai mahukan suatu yang segar.

“Mereka harapkan suatu yang baharu demi perubahan parti, ini tak sebaliknya membangkitkan soal politik wang, kata ada bukti itu ini tapi tidak ditunjukkan.

“Ceritanya lebih kurang macam Ezam pernah dedah ada enam kotak dokumen rasuah tetapi hingga sekarang tak tahu apa dah jadi dengan kotak itu,” katanya.

Pada pertandingan merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Rompin Sabtu lalu, Datuk Seri Hasan telah menewaskan pencabarnya, Mohd Haris Lutfi Abdul Khalib. #sumber


Demikianlah Artikel Perwakilan 'Kecewa' Ucapan Ketua UMNO Bahagian Rompin !

Sekianlah artikel Perwakilan 'Kecewa' Ucapan Ketua UMNO Bahagian Rompin ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perwakilan 'Kecewa' Ucapan Ketua UMNO Bahagian Rompin ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/perwakilan-kecewa-ucapan-ketua-umno.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Perwakilan 'Kecewa' Ucapan Ketua UMNO Bahagian Rompin !"

Catat Ulasan

Loading...