Loading...
Judul : TM: Kontrak Kepada OPCOM Di Putuskan Sebelum PRU14 Lagi
link : TM: Kontrak Kepada OPCOM Di Putuskan Sebelum PRU14 Lagi
TM: Kontrak Kepada OPCOM Di Putuskan Sebelum PRU14 Lagi
KUALA LUMPUR - Telekom Malaysia (TM) menjelaskan kontrak pemasangan dan pemulihan jalur lebar yang dianugerahkan kepada firma milik Tan Sri Mokhzani Mahathir, Opcom Holdings Bhd dilakukan melalui tender terbuka dan telah diputuskan sebelum PRU14.
Menurutnya, tender kontrak itu bermula pada Januari dan proses penilaian tamat pada bulan April.
"Lembaga pengarah TM meluluskan penganugerahan kontrak dalam mesyuarat yang diadakan pada 24 April.
"Opcom adalah antara 19 kontraktor yang dianugerahkan kontrak selama 17 bulan, bermula pada 2 Julai," katanya dipetik daripada portal Malaysiakini.
Media sebelum ini melaporkan Opcom Holdings yang dipengerusikan oleh Mokhzani memperoleh kontrak bernilai RM11.16 juta daripada TM beberapa hari selepas PRU14.
Kontrak yang bermula dari 2 Julai tahun ini sehingga 31 Disember 2019 adalah bagi kerja-kerja pemasangan dan pemulihan perkhidmatan Unifi.
TM juga menegaskan TM mengamalkan proses pemerolehan yang mantap serta telus dan syarikat itu mempertahankan kod tingkah laku yang tinggi dalam tadbir urus korporat dan integriti selain menambah baik secara berterusan dalam mematuhi amalan terbaik industri.
"Kami komited untuk mengekalkan tahap integriti, ketelusan dan akauntabiliti tertinggi dalam menjalankan perniagaan dan operasi kami," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel TM: Kontrak Kepada OPCOM Di Putuskan Sebelum PRU14 Lagi
Sekianlah artikel TM: Kontrak Kepada OPCOM Di Putuskan Sebelum PRU14 Lagi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel TM: Kontrak Kepada OPCOM Di Putuskan Sebelum PRU14 Lagi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/tm-kontrak-kepada-opcom-di-putuskan.html
0 Response to "TM: Kontrak Kepada OPCOM Di Putuskan Sebelum PRU14 Lagi"
Catat Ulasan