Loading...
Judul : Jawatankuasa Eksekutif Ditubuh Nilai Operasi Lynas Di Gebeng
link : Jawatankuasa Eksekutif Ditubuh Nilai Operasi Lynas Di Gebeng
Jawatankuasa Eksekutif Ditubuh Nilai Operasi Lynas Di Gebeng
PUTRAJAYA - Jawatankuasa Eksekutif Penilaian Operasi Lynas Advance Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Pahang ditubuhkan untuk memastikan Malaysia tidak menjadi tempat pembuangan bahan tercemar oleh syarikat dari negara lain.
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berkata Kabinet pada 10 Oktober lepas memutuskan supaya anggota jawatankuasa itu terdiri daripada mereka yang tidak menyatakan pendirian secara terbuka, sama ada untuk menyokong atau membantah operasi Lynas sebelum ini.
"Ini bagi mengelakkan mana-mana pihak mempersoal kredibiliti jawatankuasa ini disebabkan pendirian ahli-ahlinya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kementerian telah meneliti keanggotaan jawatankuasa itu dan berpandangan semua calon mempunyai kepakaran di bidang yang berkenaan iaitu pengurusan alam sekitar, kesihatan awam dan keselamatan sinaran radioaktif.
Katanya enam ahli telah dilantik untuk menganggotai jawatankuasa berkenaan, iaitu Felo Utama, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Datuk Dr Mazlin Mokhtar; Profesor Pelawat United Nations University – International Institute for Global Health Prof Dr Jamal Hisham Hashim dan Pengarah Unit Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Universiti Teknologi Malaysia Prof Dr Maketab Mohamed. #sumber
Demikianlah Artikel Jawatankuasa Eksekutif Ditubuh Nilai Operasi Lynas Di Gebeng
Sekianlah artikel Jawatankuasa Eksekutif Ditubuh Nilai Operasi Lynas Di Gebeng kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jawatankuasa Eksekutif Ditubuh Nilai Operasi Lynas Di Gebeng dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/jawatankuasa-eksekutif-ditubuh-nilai.html
0 Response to "Jawatankuasa Eksekutif Ditubuh Nilai Operasi Lynas Di Gebeng"
Catat Ulasan