Loading...

PEKA Perluas Program Kebajikan Dan Khidmat Imigran Ke Seluruh Negara

Loading...
PEKA Perluas Program Kebajikan Dan Khidmat Imigran Ke Seluruh Negara - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PEKA Perluas Program Kebajikan Dan Khidmat Imigran Ke Seluruh Negara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PEKA Perluas Program Kebajikan Dan Khidmat Imigran Ke Seluruh Negara
link : PEKA Perluas Program Kebajikan Dan Khidmat Imigran Ke Seluruh Negara

Baca juga


PEKA Perluas Program Kebajikan Dan Khidmat Imigran Ke Seluruh Negara


KUALA LUMPUR - Program Kebajikan dan Khidmat Imigran di bawah kelolaan Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka) kini terus diperluas ke seluruh negara selepas mendapat sambutan yang menggalakkan dari warga asing.

Presidennya, Datuk Paduka Zuhairi Ab Kadir berkata, produk dan khidmat yang diperkenalkan Peka diterima baik dan mendapat maklumbalas positif yang dipercayai meningkatkan lagi penyertaan mereka (warga asing).

Menurutnya apa yang menjadi perhatian ialah kelebihan-kelebihan yang ditawarkan selepas mereka sah menjadi peserta.

"Setiap peserta automatik mendapat perlindungan insurans sehingga RM100,000 selepas mendaftar." katanya. "Peka turut menjaga kebajikan mereka yang berdaftar termasuk yang tidak mempunyai majikan.

Sementara itu, warga Indonesia, Adika Suwardi, 46, mengakui produk dan khidmat yang ditawarkan Peka amat memudahkan segala urusan berkaitan keperluan mereka di sini. "Kad peserta yang dikeluarkan mempunyai fungsi Touch 'n Go yang membolehkan kami (pekerja asing) berbelanja tanpa perlu membawa wang tunai.

"Ia mudah untuk kami bayar tambang pengangkutan awam, bayaran tempat letak kereta, tol lebuh raya dan lain-lain termasuk berbelanja di pasar raya dan lain-lain.

"Selain itu saya tidak lagi rasa bimbang memikirkan nasib hendak cari duit sekiranya sakit atau berlaku kemalangan kerana telah mendapat perlindungan insurans.

"Sebagai pekerja di negara asing sudah pasti saya berhadapan pelbagai risiko termasuk kemalangan yang tak dijangka. Ia memberi jaminan kepada ahli keluarga yang disara jika malang menimpa sewaktu bekerja.

"Peka memberi kesedaran kepada saya dan rakan sekerja warga asing yang lain agar sentiasa memikirkan pelbagai kemungkinan yang berlaku," katanya.

Buruh binaan warga Bangladesh, Rafiqul Maliq, 30, berkata, saya rasa syukur dengan kemudahan apabila turut diberikan kad Visa prabayar. "Kad Visa prabayar ini juga memudahkan saya simpan dan keluar duit di semua mesin ATM bank di Malaysia dan seluruh negara yang menggunakan perkhidmatan Visa," katanya. "Ia sekaligus memudahkan menerima pembayaran gaji dari majikan.

Bagi warga Myanmar, Thiha Sitnhi, 27, usaha Peka menjaga kebajikan warga asing amat dihargai kerana ada sebahagian daripada mereka menghadapi masalah dengan majikan.

"Ada yang tidak mendapat gaji atau didera oleh majikan. Jadi ini membolehkan kami mendapatkan khidmat guaman yang disediakan Peka bagi membantu dalam kes-kes tuntutan di mahkamah.

"Jika tiada pihak yang tampil membantu seperti Peka, ke mana lagi kami ingin mengadu untuk membela nasib," katanya.

Bagi warga nepal, Sadip Mar, 53, pada mulanya saya tidak percaya tentang produk dan khidmat yang ditawarkan ini, selepas melihat rakan sekerja menyertai dan melihat baru saya mendaftar.

"Kini saya berterima kasih pada Peka kerana mengambil berat hal kebajikan kami sepanjang berada disini mencari rezeki. Peka juga membantu kami dari segi menguruskan dokumentasi yang diperlukan, katanya.

Warga asing yang berminat dan memerlukan khidmat Peka boleh menghubungi talian www.wasap.my/60102999949/PEKA atau www.wasap.my/60102990909/PEKA bagi pertanyaan lanjut serta pendaftaran program berkenaan. #PDO


Demikianlah Artikel PEKA Perluas Program Kebajikan Dan Khidmat Imigran Ke Seluruh Negara

Sekianlah artikel PEKA Perluas Program Kebajikan Dan Khidmat Imigran Ke Seluruh Negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PEKA Perluas Program Kebajikan Dan Khidmat Imigran Ke Seluruh Negara dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/11/peka-perluas-program-kebajikan-dan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PEKA Perluas Program Kebajikan Dan Khidmat Imigran Ke Seluruh Negara"

Catat Ulasan

Loading...