Loading...

Di Tuduh Mencuri Telefon Bimbit, Mak Nyah Mati Terjun MPV !

Loading...
Di Tuduh Mencuri Telefon Bimbit, Mak Nyah Mati Terjun MPV ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Di Tuduh Mencuri Telefon Bimbit, Mak Nyah Mati Terjun MPV !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Di Tuduh Mencuri Telefon Bimbit, Mak Nyah Mati Terjun MPV !
link : Di Tuduh Mencuri Telefon Bimbit, Mak Nyah Mati Terjun MPV !

Baca juga


Di Tuduh Mencuri Telefon Bimbit, Mak Nyah Mati Terjun MPV !


KLANG - Seorang lelaki dipercayai mak nyah mati selepas nekad terjun daripada sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang sedang bergerak akibat dituduh mencuri telefon bimbit bakal pelanggannya di tepi jalan di Bukit Tinggi di sini pagi semalam.

Mayat mangsa berusia 39 tahun dan berasal dari Sandakan, Sabah itu ditemui pukul 3.43 pagi oleh orang awam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, bertindak daripada kejadian itu polis kemudiannya menahan seorang lelaki berusia 55 tahun di sekitar daerah ini.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa dan suspek berada dalam MPV jenis Toyota Harrier.

"Semasa berada dalam MPV tersebut didapati berlaku pertengkaran dengan suspek memarahi mangsa kerana didakwa telah mencuri telefon bimbit miliknya.

"Sewaktu dalam pertengahan jalan, mangsa didakwa telah membuka pintu MPV berkenaan sebelum terjun daripada kenderaan tersebut. Dia meninggal dunia di lokasi kejadian dan suspek melarikan diri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, hasil bedah siasat mendapati mangsa mati berikutan parah di kepala selain tiada pengelutan pada badan mangsa.

Shamsul menambah, semakan rekod juga mendapati mangsa mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

"Berdasarkan siasatan juga mendapati suspek mendakwa tidak jadi melanggan mangsa susulan dakwaan mencuri telefon bimbitnya.

"Suspek kini direman selama tujuh hari dengan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Ini merupakan kes kedua membabitkan golongan tersebut selepas kejadian pertama pada 12 Disember lalu apabila seorang mak nyah mati dibelasah sekumpulan lelaki menggunakan senjata tumpul dengan ditemui terbaring di hadapan sebuah hotel di Bukit Tinggi. #sumber


Demikianlah Artikel Di Tuduh Mencuri Telefon Bimbit, Mak Nyah Mati Terjun MPV !

Sekianlah artikel Di Tuduh Mencuri Telefon Bimbit, Mak Nyah Mati Terjun MPV ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Di Tuduh Mencuri Telefon Bimbit, Mak Nyah Mati Terjun MPV ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/01/di-tuduh-mencuri-telefon-bimbit-mak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Di Tuduh Mencuri Telefon Bimbit, Mak Nyah Mati Terjun MPV !"

Catat Ulasan

Loading...