Loading...

Kemalangan: Tiga beranak Di Kebumi Dalam Satu Liang Lahad

Loading...
Kemalangan: Tiga beranak Di Kebumi Dalam Satu Liang Lahad - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kemalangan: Tiga beranak Di Kebumi Dalam Satu Liang Lahad, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kemalangan: Tiga beranak Di Kebumi Dalam Satu Liang Lahad
link : Kemalangan: Tiga beranak Di Kebumi Dalam Satu Liang Lahad

Baca juga


Kemalangan: Tiga beranak Di Kebumi Dalam Satu Liang Lahad


PEKAN - Jenazah tiga beranak yang meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Pekan, berhampiran Kampung Cherok Paloh semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad, hari ini.

Asnawati Muslimin, anaknya Nurul Jannah Bazlan, dan anak sulung Nurul Jannah, Nursyaffina Qalesya Mohammad Solahuddin, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ketapang Hilir di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari dengan dihadiri ratusan anggota keluarga dan rakan.

Anak sulung Asnawati, Ahmad Samsuri Bazlan, 35, berkata dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh rakan sekerjanya yang menunjukkan gambar di WhatsApp.

"Rakan hendak tunjukkan gambar kereta saudaranya yang juga terlibat dalam kemalangan itu, iaitu kereta Chery Eastar, namun saya melihat kereta Proton Saga milik adik.

"Hati saya luluh apabila rakan beritahu ada tiga mangsa dari Proton Saga maut kerana saya merasakan sudah pasti ia juga melibatkan anggota keluarga lain," katanya semasa ditemui Bernama di rumah mereka di Kampung Ketapang Tengah di sini, hari ini.

Ahmad Samsuri berkata dia tidak tahu ibu dan adiknya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan untuk melawat bapa saudara mereka yang sudah seminggu berada di situ kerana penyakit buah pinggang.

Kemalangan pada 4 petang semalam, Asnawati, 53, Nurul Jannah, 24, anak sulung Nurul Jannah, Nursyaffina Qalesya, 4, maut selepas kereta mereka merempuh sebuah kereta yang dinaiki pasangan suami isteri.

Kemalangan juga menyebabkan anak bongsu Nurul Jannah, Muhammad Syamil Aqmal, setahun, cedera dan dirawat di HTAA.

Kemalangan dipercayai berpunca apabila kereta yang dipandu Nurul Jannah dipercayai merempuh kereta yang dinaiki pasangan suami isteri Nasran Samsudin, 50, dan Masnida Muda, 46, yang kini masih dirawat di Hospital Pekan. #sumber


Demikianlah Artikel Kemalangan: Tiga beranak Di Kebumi Dalam Satu Liang Lahad

Sekianlah artikel Kemalangan: Tiga beranak Di Kebumi Dalam Satu Liang Lahad kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kemalangan: Tiga beranak Di Kebumi Dalam Satu Liang Lahad dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/06/kemalangan-tiga-beranak-di-kebumi-dalam.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kemalangan: Tiga beranak Di Kebumi Dalam Satu Liang Lahad"

Catat Ulasan

Loading...