Loading...
Judul : Video: Jangan Ghairah Buat Kenyataan, Beri Ruang Polis Siasat
link : Video: Jangan Ghairah Buat Kenyataan, Beri Ruang Polis Siasat
Video: Jangan Ghairah Buat Kenyataan, Beri Ruang Polis Siasat
MELAKA - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan orang ramai supaya tidak terlalu ghairah untuk mengeluarkan kenyataan berhubung klip video seks sejenis yang dikaitkan dengan seorang menteri Kabinet.
Beliau berkata, orang ramai sepatutnya memberi ruang kepada pihak polis untuk menyiasat kes tersebut dan dalam masa sama tidak mengganggu Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dikaitkan dengan isu berkenaan.
“Nasihat saya adalah kita harus kurangkan kenyataan, beri ruang kepada siasatan dilakukan.
“Beri ketenangan kepada Azmin. Saya tidak setuju dengan banyak sangat kata-kata yang buat tuduhan berhubung isu ini,” katanya.
Beliau ditemui selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Hang Tuah Jaya di Kota Fesyen, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh di sini petang ini.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri Industri Utama yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin.
Mohamed Azmin semalam menerusi kenyataannya menafikan penglibatan beliau dalam sebuah video lucah yang tular sejak Isnin lalu dan menyifatkannya sebagai satu tuduhan jahat dan kejam.
Timbalan Presiden PKR itu menegaskan beliau yakin siri fitrah itu adalah komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadian serta menjatuhkan dan memusnahkan karier politiknya. #sumber
Demikianlah Artikel Video: Jangan Ghairah Buat Kenyataan, Beri Ruang Polis Siasat
Sekianlah artikel Video: Jangan Ghairah Buat Kenyataan, Beri Ruang Polis Siasat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Video: Jangan Ghairah Buat Kenyataan, Beri Ruang Polis Siasat dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/06/video-jangan-ghairah-buat-kenyataan.html
0 Response to "Video: Jangan Ghairah Buat Kenyataan, Beri Ruang Polis Siasat"
Catat Ulasan