Loading...

Tahaluf Siayasi, Ta’awun: Ahli PAS Perlu Faham Perkara Tersirat

Loading...
Tahaluf Siayasi, Ta’awun: Ahli PAS Perlu Faham Perkara Tersirat - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tahaluf Siayasi, Ta’awun: Ahli PAS Perlu Faham Perkara Tersirat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tahaluf Siayasi, Ta’awun: Ahli PAS Perlu Faham Perkara Tersirat
link : Tahaluf Siayasi, Ta’awun: Ahli PAS Perlu Faham Perkara Tersirat

Baca juga


Tahaluf Siayasi, Ta’awun: Ahli PAS Perlu Faham Perkara Tersirat


KUANTAN - Setiap ahli Pas diminta supaya memahami perkara tersirat dalam politik terutama membabitkan tahaluf siyasi (muafakat politik) dan ta’awun (kerjasama demi kepentingan Islam) yang diwujudkan parti itu dengan UMNO dan parti politik bukan Islam yang tidak ekstrem seperti MIC serta MCA.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, negara menghadapi krisis kesefahaman politik ekoran perubahan pimpinan negara yang didodominasi oleh parti ekstrem yang jelas menunjukkan sikap melampau terhadap Islam.

Katanya, menerusi suasana politik itu, Pakatan Harapan (PH) kini didominasi oleh golongan ekstrem yang berani membuat kenyataan tentang Perlembagaan Persekutuan dan institusi diraja.

“Ini berlaku kerana krisis politik dalam masyarakat. Apabila berlaku tindakan salah, kerana marah kepada UMNO kelambu dibakar, 90 peratus pengundi bukan Islam mengundi PH, 30 peratus pengundi muda membuat pilihan yang salah menyebabkan jatuhnya kerajaan Barisan Nasional (BN)

“Kita juga tidak setuju dengan BN tetapi kita tidak mahu mudarat yang besar apabila berlaku perubahan politik, maka Pas memperkenalkan politik Islam, bertahaluf dan berta’awun dengan orang Islam dan bukan Islam yang boleh berbincang dan berbicara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Ke-59 di Pusat Konvensyen Bukit Gambang Resort City (BGRC) di sini hari ini.

Abdul Hadi berkata, penting untuk setiap ahli Pas berpegang teguh kepada konsep wala’ atau kesetiaan terhadap pemimpin dan memahami setiap usaha yang dilakukan demi kesejahteraan negara dan rakyat. #sumber


Demikianlah Artikel Tahaluf Siayasi, Ta’awun: Ahli PAS Perlu Faham Perkara Tersirat

Sekianlah artikel Tahaluf Siayasi, Ta’awun: Ahli PAS Perlu Faham Perkara Tersirat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tahaluf Siayasi, Ta’awun: Ahli PAS Perlu Faham Perkara Tersirat dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/06/tahaluf-siayasi-taawun-ahli-pas-perlu.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tahaluf Siayasi, Ta’awun: Ahli PAS Perlu Faham Perkara Tersirat"

Catat Ulasan

Loading...