Loading...

Ketua Kampung Maut Di Tembak Ketika Solat Witir Di Thailand

Loading...
Ketua Kampung Maut Di Tembak Ketika Solat Witir Di Thailand - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ketua Kampung Maut Di Tembak Ketika Solat Witir Di Thailand, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ketua Kampung Maut Di Tembak Ketika Solat Witir Di Thailand
link : Ketua Kampung Maut Di Tembak Ketika Solat Witir Di Thailand

Baca juga


Ketua Kampung Maut Di Tembak Ketika Solat Witir Di Thailand


NARATHIWAT - Seorang ketua kampung maut manakala seorang lagi cedera ditembak ketika sedang menunaikan solat sunat witir di sebuah masjid di Daerah Rangae, Narathiwat malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 8.45 malam (waktu tempatan), Ketua Kampung Awae, Fakrudin Tokdeng, 48, sedang solat bersama kira-kira 30 orang jemaah di sebuah masjid di kampung itu. 

Seorang lagi jemaah, Mayudi Abu, 43, cedera akibat terkena peluru di bahagian paha.

Menurut seorang saksi yang enggan namanya disiarkan berkata semua jemaah sedang sujud dan suspek yang menutup muka memasuki masjid dan melepaskan tembakan ke arah mangsa.

“Suspek melepaskan dua das tembakan iaitu satu di bahagian kepala dan satu lagi belakang mangsa. Mangsa meninggal meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata suspek melarikan diri dengan menggunakan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).

Penolong Ketua Polis Siasatan Jenayah Daerah Rangae Kapt. Pol. Nathawat Keawhan berkata kira-kira tujuh bulan yang lalu, mangsa menerima ugutan bunuh apabila menerima bungkusan beras yang mengandungi empat butir peluru hidup di masjid yang sama.

“Mangsa ditembak dengan kejam menggunakan rifel AK47,” katanya.

Beliau berkata polis sedang menjejaki individu yang terlibat dalam kejadian itu.

Mangsa yang meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak berusia 20 dan 16 tahun dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Awae.

Ini merupakan kes kedua kejadian tembak di masjid di Kampung Awae. Dua tahun lepas, Ketua Kampung Kuling, Daerah Yingo maut ditembak di salah sebuah masjid di kampung itu ketika solat subuh bersama jemaah lain. #sumber


Demikianlah Artikel Ketua Kampung Maut Di Tembak Ketika Solat Witir Di Thailand

Sekianlah artikel Ketua Kampung Maut Di Tembak Ketika Solat Witir Di Thailand kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ketua Kampung Maut Di Tembak Ketika Solat Witir Di Thailand dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/06/ketua-kampung-maut-di-tembak-ketika.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ketua Kampung Maut Di Tembak Ketika Solat Witir Di Thailand"

Catat Ulasan

Loading...