Judul : Covid-19: Semua Negeri Kecuali Perlis Catat Kes Baharu, 375 Kes Di Laporkan Hari Ini !
link : Covid-19: Semua Negeri Kecuali Perlis Catat Kes Baharu, 375 Kes Di Laporkan Hari Ini !
Covid-19: Semua Negeri Kecuali Perlis Catat Kes Baharu, 375 Kes Di Laporkan Hari Ini !
KUALA LUMPUR -- Semua negeri dan Wilayah Persekutuan kecuali Perlis mencatatkan kes baharu COVID-19 hari ini menjadikan jumlah kes baharu sebanyak 375 kes, selain kemunculan lima kluster baharu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Dr Noor Hisham berkata daripada jumlah itu, 371 merupakan penularan tempatan dan empat lagi merupakan kes import, dengan kes tertinggi dicatatkan di Sabah sebanyak 271 kes.
"Daripada 371 kes penularan tempatan, 342 kes melibatkan warganegara dan 29 kes lagi bukan warganegara manakala kesemua kes import melibatkan bukan warganegara yang mengembara dari India (dua kes) dan Belgium (dua kes)," katanya dalam sidang akhbar harian beliau yang disiarkan melalui Facebook berhubung situasi COVID-19 di sini, hari ini.
Ini menjadikan jumlah kes positif keseluruhan adalah 14,368 kes dengan jumlah kes aktif kebolehjangkitan sebanyak 3,703 kes, katanya.
Sementara itu, terdapat 18 kes yang telah pulih menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 10,519 kes atau 73.21 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Dr Noor Hisham berkata terdapat pertambahan lima kematian berkaitan COVID-19 hari ini yang semuanya direkodkan di Sabah melibatkan warga tempatan, menjadikan jumlah keseluruhan kes maut kini 146 kes atau 1.02 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
“Kematian ke-142 melibatkan lelaki berusia 55 tahun yang mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia; kematian ke-143 libat perempuan berumur 75 juga mempunyai penyakit darah tinggi; kematian ke-144 merupakan lelaki berumur 57 tahun yang mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi; kematian ke-145 pula lelaki berusia 82 tahun manakala kematian ke-146 merupakan lelaki berumur 53 tahun, turut mempunyai penyakit kencing manis,” katanya.
Beliau berkata sehingga kini terdapat 60 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 20 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Perincian kes penularan dalam negara hari ini mengikut negeri selain Sabah adalah Selangor 36 kes, Kedah (16), Kuala Lumpur (10), Labuan (10), Sarawak (enam), Terengganu, Johor dan Perak masing-masing lima kes, Putrajaya dan Negeri Sembilan masing-masing dua kes; manakala Melaka, Pahang dan Pulau Pinang masing-masing satu kes.
Mengulas lanjut perincian kes baharu hari ini, Dr Noor Hisham berkata sebanyak 18 kes merupakan kes yang dikesan daripada Kluster Tembok, Kluster Benteng LD dan Kluster Penjara Reman.
“Ia meliputi 4.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes hari ini dan kesemua kes positif dalam kluster-kluster terasing ini dalam Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran dan di dalam penjara. Ini bermakna mereka terasing daripada masyarakat,” katanya yang turut memaklumkan baki 50 kes dicatatkan lain-lain kluster, 303 kes dalam komuniti serta empat kes import.
Kluster baharu yang dikenal pasti hari ini ialah Kluster Tujuh Serangkai, Sabah; Kluster Tanamera, Sabah; Kluster Jalan Pantai, Kuala Lumpur; Kluster Bah Arnab, Sarawak dan Kluster Bah Bangat, Labuan.
Sementara itu, katanya, 18 kes pula merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, sekali gus menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 Sept adalah sebanyak 301 kes.
Menjawab soalan mengenai keperluan membuka semula Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), beliau berkata tiada keperluan berbuat demikian buat masa ini.
Katanya, Hospital Sungai Buloh masih mampu menampung pesakit dengan kapasiti 400 katil serta memaklumkan sekiranya terdapat keperluan itu, kementerian hanya memerlukan masa tiga hari untuk membuka semula pusat itu. #sumber
Demikianlah Artikel Covid-19: Semua Negeri Kecuali Perlis Catat Kes Baharu, 375 Kes Di Laporkan Hari Ini !
Anda sekarang membaca artikel Covid-19: Semua Negeri Kecuali Perlis Catat Kes Baharu, 375 Kes Di Laporkan Hari Ini ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/10/covid-19-semua-negeri-kecuali-perlis.html
0 Response to "Covid-19: Semua Negeri Kecuali Perlis Catat Kes Baharu, 375 Kes Di Laporkan Hari Ini !"
Catat Ulasan